Kali
ini, untuk ketiga kalinya melibatkan diri dalam program sukarelawan aka
volunteerism :)
25
May 2014, kampung yang menjadi pilihan kali ini adalah Kampung Paon Gahat.
Terletak
di Sarawak, Malaysia, its geographical coordinates are 0° 57' 0" North,
110° 39' 0" East
Perjalanan
1 jam 45 minit masih lagi memaparkan suasana kehijauan yang didambakan mata
kecil ini dengan harapan suasana begini
akan kekal lagi untuk bertahun akan datang. Apa yang menjadikan Sarawak
menarik pada pandangan aku adalah kehijauannya yang masih bertumbuh subur, tak
macam suasana di semenanjung yang rakus ditelan kemodenan dan pembangunan.
Tumbuhan yang tinggal di Semenanjung kebanyakkannya sekadar tumbuhan untuk
tujuan kecantikan landskap. Tak macam apa yang ditemui di Sarawak . Tumbuhan
liar yang bertumbuh segar, mungkin bagi sesetengah orang semak tapi apa yang
aku lihat adalah keindahan alam dan kebebasan yakni sukar difahami ramai lah
pendapat aku ni.
Greenery tangan non stop tangkap gambar |
Health Research kali ini adalah sambungan
Health Research pada lawatan kedua di Kampung Entanggor yang ingin mengkaji
perkaitan antara genetik dengan penyakit hypercholesterolemia atau penyakit
kolesterol tinggi dalam dalam darah dengan dua pilihan genetik utama iaitu
etnik Iban dan Bidayuh di Sarawak. Kalau sesi research yang lepas, screening
dijalankan untuk etnik Iban di rumah panjang Kg. Entanggor kali ini, kami
menjalankan screening untuk etnik Bidayuh di Kampung Paon Gahat.
Luar ruai |
Mungkin
kali ini, peluang untuk aku melihat dan memahami budaya kaum Bidayuh agak
terhad sebab masa yang diambil untuk screening ini cuma beberapa jam
sahaja jadi tak banyak yang boleh
diperkatakan. Lagipun hanya sempat berjalan disekitar ruai rumah Bidayuh
yang diperbuat daripada buluh kalau dari segi architecture-nya
berbezalah dengan apa yang aku nampak dengan rumah etnik Iban hari tu. Bila
ditanyakan pada penduduk kampung, tempat kami jalankan sesi screening tersebut
adalah rumah tradisional kaum Bidayuh yang digunakan dulu sebagai tempat
tinggal mereka tapi tak digunakan lagi sekarang kecuali ketika majlis-majlis
besar seperti perayaan Gawai yang akan tiba seminggu lagi ataupun majlis
perkahwinan. Sekarang penduduk tinggal
dirumah moden ataupun rumah persendirian.
Penduduk dah start tunggu giliran sementara kitaorang set up |
Pengalaman
atau pengajaran yang aku belajar hari ini adalah perlu belajar bahasa Bidayuh
juga lepas ni sebab kebanyakan mak cik dan pak cik atau lebih proper atuk dan
nenek yang berusia 60 an tak fasih berbahasa Melayu even Melayu Sarawak. Nasib
baiklah ada mak cik dan pak cik yang baik tolong jadi translator tak berbayar.
Kalau tak tak tahu nak faham macam mana. Kalau tak kesian atuk dan nenek tu
yang memang semangat bercerita dan bertanya tapi malangnya tak difahami diri
ini. Haha. Maafkan saya atuk nenek. Lepas ini, saya pergi ambil kelas Bahasa
Bidayuh, okay? :)
Other
than that, kena juga baca sikit pasal bacaan yang selalu diambil doktor-doktor
berpengalaman ni, macam tadi ada sorang
mak cik tanya. " Adik mak cik punya cholesterol kenapa kejap naik, kejap
turun" lepas tu tunjuk bacaan
Cholesterol Level and Triglycerides. Tergamam sekejap. Mak cik tanya
lagi, apa beza Triglycerides dengan Cholesterol Level sebab reading dia macam
vice versa kalau satu naik, satu lagi turun. Lagi sekali sesi terdiam. Tengok
range level kat report book mak cik tu. Okay yang ni out off range, yang ni
within normal range. Tu saja yang mampu dianalisis. Ampun mak cik, kamek nang
sik tauk. Tanyak doktor kat sitok nanti mak cik sambil tunjuk kaunter doktor.
Haha. Speechless dalam hidup ni.
Ada
juga yang tanya tips macam mana nak naik
kan blood pressure sebab blood pressure dia rendah. Ini lagi satu soaan yang
meragukan minda dan jiwa raga sebagai seorang first year medical student,
sesungguhnya diri ini sangat tak berilmu lagi. Tak pernah terfikir cara nak
naikkan darah supaya within normal range sedangkan diri sendiri pun low blood
presssure. Allahu…
*laughs |
I
have to learn how to take manual blood pressure lah. Lepas ni, kena minta ayah
buy me my own stethoscope and sphygmomanometer untuk berlatih. Haha… Ayah jadi
model nanti. Tapi ada ke jual sphygmomanometer
tu?
Dari
segi pesanan pula, yang muda-muda lagi tu jagalah tubuh badan anda. Haha.
Jangan ingat sebab badan muda lagi tubuh badan pun sihat. Maca tadi, ada je
jumpa yang baru 19 belas tahun tapi blood pressure tinggi. Pun satu hal. Muda
muda jagalah diri adik-adik, kawan-kawan sekalian. Banyak pulak pesanan penaja
blood pressure ni, dah kata jaga bahagian BP check. Macam haritu, ada juga
kaunter lain yang ambik body mass index, cholesterol check, blood glucose check
dan kaunter untuk tujuan kajian ambil darah untuk eligible patient. :)
Volunteer team for today. From right : Amira Fahmi; Siti Raifah; Me and Azirah y'all |
Rasanya
sampai sini jelah pengalaman yang dapat diceritakan untuk this visit. Dan tak
pernah lupa nak menganjurkan adik or anyone untuk terlibat dalam aktiviti
volunteerism. Tak rugi, banyak yang kita boleh dapat. Pengalaman, dapat kawan
baru, dapat tengok tempat orang. Tak rugi kalau pun penat, penat itu bermakna.
:) tapi jangan lupa study juga. Kena study awal ni, sebab next research kat
Bau, Sarawak tapi time tu dah nak dekat EOB terakhir untuk year 1, jadi untuk
libatkan diri kena prepare awal dan pergi next visit. Kalau ayah bagilah. Haha
:)
Groupie with Dr. Helmy |
Syeikha
Z.
25th
May 2014
Kampung
Paon Gahat, Serian.
Sum up! |