On May 3-4, 2014. For the second time, I got involved in volunteer program. This time help the researcher do their health research on familial hypetcholesterolemia, which basically related to penyakit cholesterol tinggi yang ada sekarang ni and diorang nak kaji the relation of it dengan genetik. Which the reason why we go to Kampung Entanggor dan bermalam untuk 2 hari satu malam kat sini which is my first time lah tu. Haha.
|
Off to Kg, Entanggor with Azirah |
|
Nilah feri rupa feri yg aku naik tu, semua angkut kereta bermanusia kat dalam |
|
Pemandangan sepanjang perjalanan yang panjang dan bumpy hihi |
Memang on the way to dia punya greenery sangat awesome cantik sejuk mata memandang dan tak puas memandang lah. Rasa nak tengok je sepanjang masa dan tangkap semuanya tapi shot best susah nak dapatlah sebab van sentiasa bergerak. Kalau dapat tunjuk tu kan bagus. Rumput dia pun boleh nampak ala-ala sawah padi, kalau tu memang rumputlah haha. Aku tak kenal sikit pokok-pokok ni. Tapi yang pasti akak-akak tu cakap yang tanah kat sini adalah tanah gambut that's why banyak tanam nenas yang nampak macam taman nenas, pokok kelapa pun slender dan lurus semamsam memang cantik sangat-sangat. Ada pokok lada hitam Sarawak. Pastu memang bila nak dekat-dekat sampai Kampung Entanggor ada gunung ke bukit tak tahu nak classify apa yang memang sangat sedap mata memandang lagi-lagi the way sun shine on it. Memang subhanallah cantik. Tak tahu nak describe macam mana tapi memang sepanjang perjalan mulut asyik nak cakap semua benda cantik, even semak pun anggap unik juga haha :D
Then, memang 2 jam lepas tu sampai kampung tersebut sampai-sampai je main sedut fresh air kampunglah. Memang tarik dalam-dalam.
|
Masuk -masuk rumah je, pak cik dan mak cik ni dah seronok menari riang. tengok jelah :D |
|
Pandangan Kampung dari tingkat atas rumah panjang. |
|
Pemandangan senja kat sini. MasyaAllah :,) |
|
Ruai rumah dengan model kak Liwan :D haha |
Ruai rumah memang serius panjang dan luas memang berkumpul semua orang kampung sebab syarikat Gribell(lupa ejaan) yang terlibat dengan research tu jugak bawak band untuk meng hiburkan orang kampung ni. Memang sakan nyanyilah diorang dan beberapa orang daripada kami juga "bertuah" sebab kena nyanyi. Pembukaan nyanyian Dr. Helmy (tak dapat upload sebab takut jadi viral nanti. Haha) dengan lagu widuri. Pastu Amira Fahmi and Azirah lagu anak kampung dan mangsa malang yang seterusnya =,="
The best thing yang aku nampak dalam rumah panjang ni sebab kesatuan dia lah. I mean, by the time kitaorang datang actually kampung tersebut menghadapi masalah kerana ada orang yang tak bertanggungjawab telah menjual tanah kampung mereka kepada syarikat. Jadi, diorang terpaksa dikeluarkan dari kampung sendiri, tempat lahir sendiri. Sedihkan? Kesian memang kesian dengan diorang. Yelah kena keluar daripada kampung sendiri kot. Siapa yang ta sedih. Jadi, sekali dengan kitaorang punya health briefing, mereka berbincang kejap sesama mereka untuk menyelesaikan masalah yang melanda pada mereka. Aku memang tak pernah pergi pun mesyuarat kampung sebelum, jadi sebab itu agak berminat sikit nak huraikan pasal kesatuan lagi-lagi baru lepas siapkan assignment Hubungan Etnik. Haha. Memang kagumlah dengan amalan berbincang diorang tu. *tabik
|
Briefing. Mr Aminuddin (lecturer Asasi aku aka Ketua Projek Research ni.(left) Dr. Helmy (lecturer Medic yang kena nyanyi lagu widuri haha (right) |
Tapi yang pasti malam tu dengan sesi karaoke diorang agak berlanjutan sampai pukul 3 pagi (* ikut kata dioranglah) sebab aku dah cabut pergi tidur dulu. Memang bukan jiwalah nak layan nyanyi dan tarian lama-lama tapi tu kegembiraan diorang, kesukaan diorang terpulanglahkan lagi pun kita pendatang tempat orang kan. haha :)
Dan keesokannya selepas terlalu lena aku tidur, kitaorang bersiap-siap untuk sesi health check kat Kampung ni. Dapat sambutan ramai jugaklah. Apa yang menggembirakan kita dapat berkomunikasi dengan diorang walaupun ada yang aku tak berapa nak faham sebab dia jako(cakap) Iban. Tapi layan je lah, dapatlah teka sikit sikit isi percakapan tu. Haha :) Lepas ni kena berlatih jako dengan Maryanne Minn lah.
Bila cakap-cakap tu, ada yang cakap sebelum ini dia tak pernah buat helath check up pun, jadi yang ni first time. Macam biasalah masalah utama diorang capaian untuk khidmat kesihatan tu terhad which I don't know how to change sebab kena harap perubahan datang dari tangan pentadbir. Tapi yang aku rasa aku boleh bantu dengan libatkan diri dengan aktiviti macam ni. Kalau mendengar cerita atuk, nenek, pak cik, mak cik ni, korang akan rasa kesian dengan diorang. Ada yang sakit ubat dah lama habis, sebab masalah nak dapatkan sumber tu yang susah. Kesian tengok, lagi-lagi yang tua jalan nak berpimpin tu. Bayangkanlah dengan perjalanan yang jauh. Aku tak sure nearest klinik berapa jauh dari diorang tapi ang aku tahu aku kesiankan diorang terpaksa hadap hidup macam ni.
Berdasarkan apa yang aku tengok, diorang still mandi sungai, sumber air guna air dari gunung (yang sejuk dan freshlah) , kesusahan kita dapat nampaklah beza dengan apa yang kita selalu hadapi. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni.
|
Sesi selfie bajet doktor. Muka pucat baru perasan hihi |
|
With Amira Fahmi, doing Blood Pressure Check :O |
|
Tak tahu nak panggil ni apa, jambatan ke apa. Tapi ini penghubung jalan antara rumahlah. Kayu lapik macam tu je. |
|
Tengok semua dah menunggu. Diorang nak health care service. Dan tanggungjawab kita adalah memberi :) |
|
With stethoscope. Bila nak ada sendiri punya entah. |
|
Sum up. Thanks and goodbye Entanggor ! |
So, itu setakat yang aku masih ingat fresh dalam kepala ni. I want more and ore volunteerism program. Serius seronok, korang kaau jumpa jangan lepaskan. The moment was precious susah nak dapat. Dan waktu ni lah kita nak belajar berkomunikasi dengan orang luar sebelum masuk clinical years. Kan ?
Love,
Syeikha Z.
No comments:
Post a Comment