Berkongsi rasa pada yang ingin membaca.
" Belief is like a ship. Ship won't sink until water goes in. So does our beliefs"
Just a recent so called life event of me. Bila kita memberi pendapat and that person scattered. Feeling hopeless and menganggap yang aku merendah-rendahkan dia. That's the thing. Kenapa harus macam tu. Kenapa cepat hancur kerana satu dua perkataan daripada orang lain. Kenapa cepat melatah.
Sayang,
It's your life. Your LIFE. Nyawa kau dalam badan kau. Badan kau bergerak sebab diri kau sendiri yang nak. Apa yang kau fikir semuanya diri kau sendiri yang pilih. Bukan aku, bukan sesiapa.
Jadi, kenapa harus putus asa, rasa rendah diri sedangkan kau boleh pilih untuk ambil peduli atau pun tak sesuatu perkara tu. Kenapa nak biarkan pandangan orang lain menghantui hidup kau. Kenapa nak biarkann pandangan orang lain meresap dalam minda kau dan karam kan kau. Kau boleh buat pilihan sendiri. aku boleh fikir sendiri apa yang kau nak dalam hidup ini. Pandangan orang lain, pemikiran orang lain itu semua ditangga kedua atau mungkin bawah lagi. Kau. Kau yang pertama, Yang utama dalam hidup kau. Kau yang pilih sendiri.
Kedua, jadi manusia jangan emosi. Kita perlu juga dengar pendapat orang lain but still kita yang pilih jugak akhirnya nanti apa yang kita buat. Walaubagaimanapun, cuba dengar juga. Dengar dan cuba teliti bandingkan bukannya terus melenting emosi. Kau salah. Aku betul. Itu bukan caranya. Tak semestinya kau sentiasa betul.
Ketiga, jangan ego. Jangan ego. Jangan ego. Keegoan kau sebenarnya kelemahan kau, sebab kau sentiasa nak diatas, Kau sentiasa nak menan, Kau sentiasa rasa orang patut dengar cakap kau. Sampai kau telepas pandang. Kau ada buat silap. Kau tak nampak. Orang lain nampak. Bila dia bangkitkan, kau pertikaikan. Keegoan kau buat kau jadi buta. Buta untuk melihat diri kau sendiri.
#Random. Nasihat aku untuk aku, dan untuk kau.
No comments:
Post a Comment