Haha
Buat jurung kalinya bilik saya mengadakan Rumah Terbuka Maths 2013. Sesiapa dijemput hadir sekiranya mereka telah menyiapkan salah satu soalan assignment Maths yang membunuh petala ke lapan. Kalau you have done nothing dipersilakan keluar *tak guna punya tuan rumah.
Di sinilah medan kami semua mendiskusi assignment Maths yang menjadi igauan ngeri para pelajar *kalau aku seorang je tak tahulah lah pulak =,="
Tapi yang pasti the assignment was 80% done dengan kerjasama wonder pet yang kami amalkan.LOL
Rumah terbuka yang paling terbaik dalam dunia kerana kami bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah-masalah Maths tersebut bahkan kami juga dapat begembira sambil 'menggong-gong' biji kuaci*wrong term here. Eh! penatlah nak buat bahasa skema ni.
Yang pasti I truly enjoy today's open house memang heaven meaven ler. Gelak-gelak sambil buat gossip budak hott haha. Part budak hott punya gossip memang tak boleh bela. Skandal-skandal rahsia semua keluar . Kait-maitkan budak-budak ni dengan entah siapa-siapa je. Random je keluar nama. *macam random tag pun ada gaya. Dengan si Tyrah buat lawak selamba dia, lagi sakit perut aku. Habis semua ilmu keluar sebab banyak nau bergelak tawa. Tak sangka gila dengan bilik pack gila-gila kentang. Bayangkan bilik yang duduk dua orang pun kadang-kadang semput, ni pulak bila 12 orang berasak-rasak masuk. Dengan assignment paper bersepah-sepah kat lantai eh lagi.. Kuaci sepinggan kat tengah "Krupp...Kruppp..." cakap- cakap... Habis segenggam ambil lagi. Haha. Macam Joyah* bukan nama sebenar. mengumpat depan rumah dah gaya sensorang.
Yes. Happy-happy jugak. Gelak-gelak jugak. Tapi bergeraklah kerja kitaorang siaplah jugak. 80% .HIHI. Bergunalah sungguh rumah terbuka ni. Tak ada lah tension macam sebelum. Kalau buat dengan partner asal je, alamatnya 'Kriiik...Kriiik...' dua-dua nanti blur. Lebih baik discussion macam ni, sempit bilik tak terasa sangatlah *tak kot... LOL
Sebenarnya dari semester lepas dah buat rumah terbuka ni Olehnya kerana, ianya sangat efektif tu yang drag to second rumah terbuka. :)
Anyway, thanks to all the partner yang terlibat memeriahkan bilik saya yang cun ini. Haha.
Credit: My beloved BFF @ partner Nurul Syakirah yang kiut(saje puji lelebih), Hana Anje& BabyNabila ; Myra Nur Cahaya (yang aku baru tahu nama penuh dia tadi)& sayang tercinta Nurul Fitriah ; My deary honey Salsabrina & Ramizah aka Lilly Pitch Perfect(yang suara tak dengar tu); Izma genius&Tyrah Tghah Hottie and lastly rumbate ku Fatin& Aisyah Manje
Oh!lagi sekor penyumbang dari jauh (depan bilik je) Minn the Jibber!
#LOVE yaa.Thanks XOXO
No comments:
Post a Comment