Kita dipandang baik. Dipandang hebat oleh manusia, menjadi buah pujian mulut masyarakat. Kebaikan kita sentiasa dikenang sesama manusia tetapi itu bukan bermakna kita boleh menabik dada. Bangga dengan label 'baik' daripada masyarakat sekeliling, kerana cela itu tetap ada dalam setiap manusia tiada yang sempurna. Label 'baik' daripada pihak masyarakat selama ini adalah berkat kasih sayang Tuhan yang menutup aib yang ada pada kita. Kasih sayangnya yang menyelamatkan kita daripada tohmahan hina manusia. Sejujurnya, kita semua ada dosa sendiri yang hanya diketahui kita, dan kadangkala kita tidak mengetahuinya dan mereka-mereka tidak menyedarinya. Jadi tak perlulah berasa bangga dengan 'kebaikan' yang kita ada sekarang kerana disebalik kebaikan yang terserlah itu masih ada noda hitam yang terselindung.
Meskipun tiada siapa yang mengetahui sisi gelap hidup kita tetapi Allah tetap mengetahuinya. Dia memerhati setiap langkah hidup kita yang penuh dengan liku-liku dosa tanpa kita sedar ataupun tidak. Tiada manusia yang suci daripada doa, maka sentiasa bertaubatlah siapa tahu ada doa semalam yang kita lakukan, ataupun saat kita bergelumang dalam dosa kerana kita tidakkan pernah mengetahui bila saatnya akan kita pergi. Siapa tahu ketika anda membaca post ini, perlahan-lahan nyawa ditarik daripada badan- tiada siapa yang lebih mengetahui dari-Nya. Pintu taubat itu sentiasa terbuka...
Saat kita mula menyedari bahawa betapa diri ini cukup hina kerana mempersia segala nikmat yang diberi tanpa rasa bersalah hati terdetik 'Masihkah ada sinar buatku?'. Bolehkan Allah menerima insan sehina ku ini lagi?'. Hati terus ragu, 'Adakah taubatku didengarinya?'. Minda berbicara tanpa menyedari bahawa Allah adalah pendengar yang terbaik buat kita. Yang mendengar tanpa menghina, mendengar tanpa mencerca... Sebesar mana pun dosa kita adukanlah padaNya, Dia takkan pernah berhenti mendengar dan mendengar tanpa lelah kerana Dialah Maha Esa. Apapun jua tetap didengarinya ...Suarakan taubat mu itu padaNya.
# Jangan menyangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita masih ada dosa yang dilindung oleh kasih sayng Allah kepada hambanya. Oleh itu bertaubatlah tanpa rasa ragu sama ada taubat kita didengari atau tidak kerana Allah pastikan mendengar, sesunggunya Dia Maha Mendengar :))
Tazkirah bersama. Jom sucikan hati kita :D
XOXO
No comments:
Post a Comment