Credit |
Kita sering mengharapkan kemaafan dari manusia tetapi tak pernah teringat akan kemaafan Illahi. Memohon kemaafan kepada sesama manusia yang dikasihi dengan cara yang kita rasa paling terbaik untuk menawan hati mereka yang telah kita sakiti walau sesukar mana pun kita tetap mencuba tapi malangnya kita tak pernah memikirkan bagaimana untuk memohon kemaafan daripada Allah walaupun telah Dia tunjukkan cara yang paling mudah. Berdoa kepadanya memohon keampunan daripadaNya tak pun Solat Sunat Taubat dua rakaat. Itu pun hati kita masih liat kenyal. Betapa ruginya kita Sang pencinta telah menjanjikan kemaafannya andainya hambanya meminta. :(
...
Saat kekasih pujaan hati seakan jauh menyepi semakin hari semakin jauh pergi. Kita merintih memohon agar jangan dirinya pergi meninggalkan kita. Tangisan berlagu melankoli cukup menyayat hati, tapi dalam kesedihan yang dialami kita lupa sebenarnya kita telah kehilangan sesuatu yang lebih berharga daripada si kekasih yang meninggalkan kita. Allah. Saat kita sibuk mengenang nasib ditinggalkan kita lupa pemilik kita yang tak pernah meninggalkan kita. Tak pernah pergi jauh daripada kita, sentiasa ada disaat bahagia kita mahupun disaat hati dirundung sayu. Malangnya, tetap kita sibuk mengejar mereka yang bila-bila masa boleh pergi meninggalkan kita.:(
...
Setiap hari diri dikejar masalah yang tak pernah henti menjadi bayang gelap hidup kita. Hati resah, minda bingung. Bagaimanakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini terus menjadi persoalan kita. Kadang-kadang kebuntuan itu membuat kita menyesali kehidupa di dunia ini. Menyalakan takdir hidup yang terumbang-ambing. Sibuk memikirkan jalan keluar masalah yang menghantui, membuatkan kita terlupa bahawa Allah ada. Allah takkan pernah berhenti membantu hambanya yang meminta. Hambanya yang merayu bantuan daripada, kerana Allah itu Maha Mengasihani tak mungkin Dia akan tidak mempedulikan hambanya yang tiap harinya merintih memohon petunjuk daripadanya. Tapi... sayangnya kita terlupa lagi akannya. Ruginya kita :(
...
Kita melakar impian hari esok. Cantik sungguh perancangannya. Apa pun yang terjadi impian itu mesti ditunaikan. Apa jua pun yang berlaku. Waktu bergerak seiring, tak disangka perancangan itu ada onak dan durinya, dan terkadang panas dijangka hingga ke petang, sayangnya hujan ditengah hari. Tak terduga. Puas merancang tapi terpincang. Dan kalaupun ianya berjalan cantik seperti yang diatur ada sahaja jalan-jalan hitam yang kita lalui. Tak kisah halal dan haram asalkan panah tepat pada sasarannya. Jahat atau tidak bukan permasalahnnya yang penting habuan kemudian harinya. Tapi siapa sangka sekelip mata tingkat kejayaan yang kita kecapi ditarik jatuh berdebuk ke tanah. Semuanya hilang sekelip mata. Kenapa? Kerana jalan hitam yang kita lalui terdedah kepada umum. Kejahatan yang kita lakukan dulu disuluh terang. Malu. Penyesalan. Alangkahnya indahnya kalau kita sedar dahulu bahawa ada cara lebih baik daripada itu. Iaitu memohon pada Dia yang Mendengar. Tiada ragu akan dijawab. Lambat atau cepat itu sahaja perkiraannya. Sayangnya, tak ramai yang tahu:(
#I've a good time doing PCR lab today. Miss Roberta. I'm lovin' her. Teaching yang sangat jelas dan faham :)))
No comments:
Post a Comment