Stayed up. Consired as:)
Wake up at 3.15 am and open my eyes wide till now. Alhamdullilah dapat tahajud sekali.To avoid myself being sleepy drink a cup of coffee, Oreo, and live TV3. Haha.
Belajar pada masa yang sama melayan rancangan yang disajikan#tetiba skema. Layan je lah walau tak best macam mana pun, cerita zaman aku tak matang time sekolah rendah dulu pun boleh pulak diulang tayang time pagi-pagi buta ni. Nak dijadikan cerita pagi-pagi macam ni adalah diulang tayang balik Al-Kulliyah yang lepas-lepas. Lama dah tak tengok Al-Kulliyah kali terakhir rasanya waktu form 3. Form 3 tuu. Lepas tu dah masuk asrama mana nak dapat tengok TV selalu. Sabtu ahad je ada peluang. Tu pun tak layannya nak kena tengok ramai-ramai sesak-sesak kat bilik TV. Kalau balik rumah pun dah tak ada nafsu nak tengok TV sebab family plus sleep mode 'on'. As a conclusion,saya memang jarang nak tengok TV.
Tapi pagi yang segar bugar *kesan Kopiko Coffee, saya tengoklah Al-Kulliyah ni balik. Sesi pertemuan semula. So, tajuk Al-Kulliyah yang ditayangan hari ketika ini 'Dari mata turun ke hati.'. Mostly it's all about dari mata turun ke hati lah. Menjaga pandangan, walaupun time tengah tengok TV. For instance, we intend to watch TV*alah buat hlang-hilang bosan or penyegar pagi hari macam aku buat sekarang ni. but somehow munculllah iklan-iklan or perkara-perkara yang tak sepatutnya * yang sangat banyak ye sekarang ni. Pergaulan bebas lelaki dan wanita, iklan -iklan yang memanipulasikan wanita tunjuk aurat #iklan shampoo!!!and etc. This thing nowadays we consider it as 'perkara biasa' kit apun tengoklah je lah without realizing that melihat aurat orang lain ialah berdosa.Dush!Dush! Bertepek kat muka kena tumbuk. Allah, kita tak jaga mata. Tetiba, girls muncul dengan semangat "Yes!Thank God we're GIRLS..terjaga sikit" Who says!?? Kalau awak tengok Aaron Aziz#ehm..ehm.. Amar Asyraf*kening.kening macam nak terburai biji mata tu considered as awak jaga mata ke, sayangs-sayangs sekalian???Nope!So jaga mata. Pandai-pandai fikir sendiri nak buat macam mata. Pandang tempat lain ke..Ape ke.
The thing yang buat aku ditemba berdas-das kat hati is that bila part ustazah tu sebut pasal ilmu takkan pandai pada hati yang kotor. Pastu she came out with one story about Imam Syafie. Imam Syafie ni is the great pasal hafazan-hafazan thingy but somehow one day he cannot recite satu ayat, satu ayat je from one surah n.Cuba-cuba pun tak boleh. So, dia pun pergilah jumpa sifu dia * guru. "Wahai guruku, mengapakah aku tak boleh ingat ayat tersebut"*lebih kurang je lah soalan dia ni. Guru dia pun cakap, "Adakah kau ada melakukan dosa pada hari ini. Imam Syafie pun mengingat kembali. Ingat-ingat..Dia cakap kat guru dia. "Hari ini aku ada terlihat tumit seorang wanita secara tak sengaja." Allah. itulah punca dia tak ingat. Baru tak sengaja cuba kita sekarang ni bukan tak sengaja lagi nak disengajakanlah benda tu semua. Bila fikir-fikir balik banyaknyay dosa kita selama ni.Bayangkan budak lelaki sekarang ni berapa ramai *tak yah tanya lagi berapa memang mostly kot girls tak pakai stokin. Kesian kat diaorang, kotor hati. Girls pulak berapa ramai lelaki yang pakai short pastu buat pameran extravaganza. Dosa lagi .Astagfirullah ...Patutlah susah ilmu nak masuk. Banyak benda tak baik kita tengok kat TV, kat kedai, kat kelas, kat mana-mana je lah.Macam mana hati tu nak bersih.:(((
Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu dan Peliharalah Kemaluanmu Kerana Ia Lebih Suci Buat Kamu Dan Ingatlah Bahawa Allah Sentiasa Melihat Apa Yang Kamu Lakukan
Allah berfirman,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)
Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dgn Sempurna Dengan Menutupi Dada dan Juga Menutup Seluruh Badan Dengan Pakaian Yang Longgar Serta Tidak Berwangi-Wangian. Nescaya Allah Pasti Menyelamatkah Kamu Dari Gangguan Manusia
Allah berfirman,"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An-Nuur 24:31)
Allah berfirman,"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Al-Ahzzab 33:59)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]
Credit
Du'a::: Amalkan selalu moga bermanfaat
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
No comments:
Post a Comment