Wednesday 29 January 2014

Hakikat Cinta Seorang Pencinta

Ini. Menyedarkan aku.

C&P

Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan.  Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…
hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya.  Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya. 
Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya.  Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. 
Berkahwinlah keranaNya,  mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya.  Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.
Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.  Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya.
Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Pencinta. Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak.  Buahnya meranum namun rasanya pahit.  Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa.  Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu.
Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahajakehendak dan kemahuannya.  Sungguh rapuh. 
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok  tiada suara.  Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.  Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti. 
Pencinta. Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta.
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. 
Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 
Saudaraku tersayang,
Pencinta. Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.  Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.

Seseorang Pencinta akan..

Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.  Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Amin.
Maklumat Peserta:
Nama : Iffa-izzati Binti Hamid

Tuesday 28 January 2014

Bergerak menuju pada dia

Baru tadi, aku dah melunaskan apa yang aku inginkan.
Tekad dengan apa yang aku lakukan.
 Dan kini aku hanya menunggu.
Menunggu sampainya sahaja dan selebihnya bergantung pada takdir.
Sekadar tersenyum akhirnya selepas 2 tahun lebih aku lakukan sesuatu. Langkah pertama aku. Biarpu tak dikenali. Tapi sekurang-kurang nya telah aku luahkan apa yang berbuku.
Biar dia sedar yang disatu sudut dunia ini ada yang peduli pasal dia. Ada yang menanti dia.
 Senyum lagi.
Tengok jari kiri.
Tengok gallery.




Friday 10 January 2014

being unimportant.

Ignorance.

Am I that unimportant to you?

Why am I suppose to be the person that starts everything.

I'm the one who starts the conversation first.

I'm the one to ask the forgiveness first.

I'm the one who write first.

And now should I be the one who confess first.

Why me?

Why always me first?

Why can't you start the conversation first?

Why can't you ask the forgiveness first?

Why can't you write to me first?

And why can't you confess to me first?

Never mind.  Maybe I just not that important to you.

I'll accept that.

Thursday 9 January 2014

20's. A way ahead.

09:01 am January 9, 2014. Sync.
Happy birthday to me.
Happy birthday to me.
Happy birthday to SyeikhaZulaikha.
Happy birthday to me♥

It's unbelievable that I'm now 20. Reaching the adult age. Leaving the 1, move on to 2.
Leaving my past far behind.
Leaving my teen years.

I wish this is a good start of my adulthood.  The good start of becoming a better person. A good start of finding and applying maturity to my life? I think. Haha.

I'm smiling right now when to think that of I've reaching two decades of this life. Reminiscing the past. Looking at the present.
and wondering the future that I'll face. All this seems so unbelievable.  This once a little SyeikhaZulaikha had grown this far and ready to face more and more life challenge.

Yeah, SyeikhaZulaikha.
Mungkin ini masanya untuk kau terus pandang ke hadapan
Mungkin ini masanya untuk kau mula mencari erti kehidupan
Mungkin ini masanya untuk kau mengerti apa itu kematangan. Mungkin ini masanya untuk kau mendukung ketegasan.

SyeikhaZulaikha yang dulu, biarkan ia menjadi kenangan, Kerana SyeikhaZulaikha yang dulu masih enak dalam mimpi indah kehidupan.
SyeikhaZulaikha yang kini harus diolah,
Kerana SyeikhaZulaikha yang kini bakal sedar apa itu realiti kehidupan.


Tersenyum gembira bila kau rasa gembira.
Menangis sedih, bila kau rasa sedih.
Berkata tegas, bila kau yakin.
Bertindak benar, bila kau rasa percaya.
Menyayangi sepenuhnya, bila kau mengasihi.
Ingat siapa itu Allah. Ingat apa itu Islam. Dan ingat kau itu khalifah Islam agama Allah. Yakin pada dia.

Kau juga manusia, dan kau tahu apa itu cinta.
Sampai hari ini dan kemudian hanya yakin yang jodoh itu rahsia Illahi.
Jika tercipta untuk mu, maka dia untuk mu. Jika tidak,  terimalah seadanya. Selagi belum sampai masanya tak salah berharap. Titipkan doa pada Allah.
#DearAugust

Pada Januari 9, 2014. Ini permulaan yang baru.

Syeikha Z.
319 C, Kolej Kasturi.

Bucket list

Bucket list

BUCKET LIST

CONTINENTS
Antartica
North America
South America
Australia
Europe
Africa
Asia

ADVENTURE
Tandem paragliding
Skiing
Skydiving
Fly in hot air balloon
Scuba diving/snorkelling

TRAVEL
Malaysia
Kundasang (Sabah)
Semporna(Sabah)

Africa
See Pyramids of Giza(Egypt: Cairo)

Asia
See the Great Wall of China(China)
See the Forbidden City (China:Beijing)
See the Taj Mahal(India: Agra)

Europe
See the Acropolis(Greece:Athens)
See the Mona Lisa(France:Paris)
See the Eiffel Tower(France:Paris)
See the Colosseum(Italy: Rome)
See the Neuschawanstein Castle(Germany:Schwangau)

Australia
See the Sydney Opera House(Australia: Sydney)

South America
See the Head Statues on Easter Island(Chile: Easter Island)
See Machu Picchu( Peru:Macchi Picchu)

North America
See the Hoover Dam(US: Nevada/Arizona)
See the Statue of Liberty(US: New York)

ANIMALS AND NATURE
North America
See the Aurora Borealis (US: Alaska)
See the Grand Canyon (US: Arizona)
See the Redwood Forest (US: California)
South America

See the Iguazu Falls( Argentina)

Europe
See the Alps(France, Italy, Switzerland or Germany)

Asia
See Mount Everest(Nepal)

Australia
See the Great Barrier Reef (Australia:Queensland)

CREATIVITY
Try Ebru Art
Pottery making
Attend sewing class
Knit myself a mermaid blanket
Knit a single sized blanket

FASHION AND BEAUTY
Attend make up class
Have my own walk in closet
Grow healthy waist-length hair

HOBBIES
Knitting
Solve a Rubik's cube
Start a blog
Learn embroidery
Start cross-stitching

RELATIONSHIP
Fall in love for the first time
Get married before 30
Get myself a travel and adventure partner
Create a family tree
Go on a road trip with a friends
Sponsor my parent's travel

SPORTS AND FITNESS
Return to my old weight 47 kg
Try horseback riding
Learn swimming
Learn archery

MUSIC AND ENTERTAINMENT
Learn to read a music sheets
Sing a karaoke

FINANCE AND LIFESTYLE
Start online business
Promote business
Open a boutique
Own my first house
Own a land

EDUCATION
Graduate as a medical doctor
Get a Masters in Ophthalmology
Learn a new language

CONTRIBUTION
Do a volunteer work

SPIRITUALITY
Perform Umrah and Hajj
Learn to forgive
Learn to share

FOOD
Try Mexican food
Try tteokbokki

TRANSPORTATION
Have a car license

PERSONAL GROWTH
Stop procrastinating
Become an early riser
Release the past

VOCATION (as a student)
Get B and above in my end of posting exam

WORLDLY FESTIVALS AND EVENTS TO ATTEND
Harbin Ice and Snow Festival (China: Harbin)
White night Festival(Russia: St. Petersburg)
Holi(India)
Carnival of Venice(Italy: Venice)
Albuquerque International Balloon Fiesta(US: New Mexico)
Boryeoung mud festival(South Korea)
Kuekonhof Tulip Festival(Holland: Lisse)
Deventer Book Fair(Netherlands)
August Moon Festival (Greece)
Frankfurt Book Fair(Germany)
Yeouido Cherry Blossom Festivals(South Korea)
New York Fashion Week(US:New York)

JUST FOR FUN
Facebook Fan Page