Sunday 25 May 2014

Health Research in Paon Gahat

Kali ini, untuk ketiga kalinya melibatkan diri dalam program sukarelawan aka volunteerism :)
25 May 2014, kampung yang menjadi pilihan kali ini adalah Kampung Paon Gahat.
Terletak di Sarawak, Malaysia, its geographical coordinates are 0° 57' 0" North, 110° 39' 0" East

Perjalanan 1 jam 45 minit masih lagi memaparkan suasana kehijauan yang didambakan mata kecil ini dengan harapan suasana begini  akan kekal lagi untuk bertahun akan datang. Apa yang menjadikan Sarawak menarik pada pandangan aku adalah kehijauannya yang masih bertumbuh subur, tak macam suasana di semenanjung yang rakus ditelan kemodenan dan pembangunan. Tumbuhan yang tinggal di Semenanjung kebanyakkannya sekadar tumbuhan untuk tujuan kecantikan landskap. Tak macam apa yang ditemui di Sarawak . Tumbuhan liar yang bertumbuh segar, mungkin bagi sesetengah orang semak tapi apa yang aku lihat adalah keindahan alam dan kebebasan yakni sukar difahami ramai lah pendapat aku ni.
Greenery tangan non stop tangkap gambar

 Health Research kali ini adalah sambungan Health Research pada lawatan kedua di Kampung Entanggor yang ingin mengkaji perkaitan antara genetik dengan penyakit hypercholesterolemia atau penyakit kolesterol tinggi dalam dalam darah dengan dua pilihan genetik utama iaitu etnik Iban dan Bidayuh di Sarawak. Kalau sesi research yang lepas, screening dijalankan untuk etnik Iban di rumah panjang Kg. Entanggor kali ini, kami menjalankan screening untuk etnik Bidayuh di Kampung Paon Gahat.

Luar ruai
Mungkin kali ini, peluang untuk aku melihat dan memahami budaya kaum Bidayuh agak terhad sebab masa yang diambil untuk screening ini cuma beberapa jam sahaja  jadi tak banyak yang boleh diperkatakan. Lagipun hanya sempat berjalan disekitar ruai rumah  Bidayuh  yang diperbuat daripada buluh kalau dari segi architecture-nya berbezalah dengan apa yang aku nampak dengan rumah etnik Iban hari tu. Bila ditanyakan pada penduduk kampung, tempat kami jalankan sesi screening tersebut adalah rumah tradisional kaum Bidayuh yang digunakan dulu sebagai tempat tinggal mereka tapi tak digunakan lagi sekarang kecuali ketika majlis-majlis besar seperti perayaan Gawai yang akan tiba seminggu lagi ataupun majlis perkahwinan.  Sekarang penduduk tinggal dirumah moden ataupun rumah persendirian.

Penduduk dah start tunggu giliran sementara kitaorang set up
Pengalaman atau pengajaran yang aku belajar hari ini adalah perlu belajar bahasa Bidayuh juga lepas ni sebab kebanyakan mak cik dan pak cik atau lebih proper atuk dan nenek yang berusia 60 an tak fasih berbahasa Melayu even Melayu Sarawak. Nasib baiklah ada mak cik dan pak cik yang baik tolong jadi translator tak berbayar. Kalau tak tak tahu nak faham macam mana. Kalau tak kesian atuk dan nenek tu yang memang semangat bercerita dan bertanya tapi malangnya tak difahami diri ini. Haha. Maafkan saya atuk nenek. Lepas ini, saya pergi ambil kelas Bahasa Bidayuh, okay? :)

Other than that, kena juga baca sikit pasal bacaan yang selalu diambil doktor-doktor berpengalaman ni, macam tadi  ada sorang mak cik tanya. " Adik mak cik punya cholesterol kenapa kejap naik, kejap turun" lepas tu tunjuk bacaan  Cholesterol Level and Triglycerides. Tergamam sekejap. Mak cik tanya lagi, apa beza Triglycerides dengan Cholesterol Level sebab reading dia macam vice versa kalau satu naik, satu lagi turun. Lagi sekali sesi terdiam. Tengok range level kat report book mak cik tu. Okay yang ni out off range, yang ni within normal range. Tu saja yang mampu dianalisis. Ampun mak cik, kamek nang sik tauk. Tanyak doktor kat sitok nanti mak cik sambil tunjuk kaunter doktor. Haha. Speechless dalam hidup ni.

Ada juga yang  tanya tips macam mana nak naik kan blood pressure sebab blood pressure dia rendah. Ini lagi satu soaan yang meragukan minda dan jiwa raga sebagai seorang first year medical student, sesungguhnya diri ini sangat tak berilmu lagi. Tak pernah terfikir cara nak naikkan darah supaya within normal range sedangkan diri sendiri pun low blood presssure. Allahu…

*laughs
I have to learn how to take manual blood pressure lah. Lepas ni, kena minta ayah buy me my own stethoscope and sphygmomanometer untuk berlatih. Haha… Ayah jadi model nanti. Tapi ada ke jual sphygmomanometer  tu?

Dari segi pesanan pula, yang muda-muda lagi tu jagalah tubuh badan anda. Haha. Jangan ingat sebab badan muda lagi tubuh badan pun sihat. Maca tadi, ada je jumpa yang baru 19 belas tahun tapi blood pressure tinggi. Pun satu hal. Muda muda jagalah diri adik-adik, kawan-kawan sekalian. Banyak pulak pesanan penaja blood pressure ni, dah kata jaga bahagian BP check. Macam haritu, ada juga kaunter lain yang ambik body mass index, cholesterol check, blood glucose check dan kaunter untuk tujuan kajian ambil darah untuk eligible patient. :)

Volunteer team for today.
From right : Amira Fahmi; Siti Raifah; Me and Azirah y'all
Rasanya sampai sini jelah pengalaman yang dapat diceritakan untuk this visit. Dan tak pernah lupa nak menganjurkan adik or anyone untuk terlibat dalam aktiviti volunteerism. Tak rugi, banyak yang kita boleh dapat. Pengalaman, dapat kawan baru, dapat tengok tempat orang. Tak rugi kalau pun penat, penat itu bermakna. :) tapi jangan lupa study juga. Kena study awal ni, sebab next research kat Bau, Sarawak tapi time tu dah nak dekat EOB terakhir untuk year 1, jadi untuk libatkan diri kena prepare awal dan pergi next visit. Kalau ayah bagilah. Haha :)
Groupie with Dr. Helmy

Syeikha Z.
25th May 2014

Kampung Paon Gahat, Serian.
Sum up!






Saturday 17 May 2014

Find the reason why you hold onto it at the first place

I wrote this post after the very first 'visit' to Lot 77, FPSK during Asasi In Unimas. I remember exactly how excited am I for the visit and which cloth I wore, how happy am I at that time. Now, I found the pros of blogging your sweet moment or your exciting life event. When I read this thing, it actually remind me, the reason why I'm here at the medical school at the first place. It reminds me on how excited I'm on going to medical school. How I strive just to be here, and how I'm crushed when I failed to do my best because the scare of not finally being here. But somehow, God knows what the best. This place that I was eager for for one whole year in Asasi, this place that remind me that I must tried hard. I'm finally here for 8 months and soon will end my year 1 here and move on to year 2 (if Allah wills. Amin!). Few weeks more to go, and maybe sometimes I lose my hope and track but when I flashback through my blog, the old high spirited syeikha come to haunt me back. Yeah, I already reach my target to be here but now time to renew my target to graduate with honors and be the best!. Whatever, you wanna say but all I know now it's time to rock my medical school. I don't wanna graduate with just a medical degree. I wanna graduate with such qualities that myself can be proud of and work for the communities.When you lose hope, remember why you hold onto it for the first time. Ding dong!:D

To view:-

http://syeikhazulaikha.blogspot.com/2012/12/day-12.html?spref=fb

Monday 5 May 2014

Health Research in Kampung Entanggor.

On May 3-4, 2014. For the second time, I got involved in volunteer program. This time help the researcher do their health research on familial hypetcholesterolemia, which basically related to penyakit cholesterol tinggi yang ada sekarang ni and diorang nak kaji the relation of it dengan genetik. Which the reason why we go to Kampung Entanggor dan bermalam untuk 2 hari satu malam kat sini which is my first time lah tu. Haha.
Off to Kg, Entanggor with Azirah

Nilah feri rupa feri yg aku naik tu, semua angkut kereta bermanusia kat dalam


Pemandangan sepanjang perjalanan yang panjang dan bumpy hihi

Memang on the way to dia punya greenery sangat awesome cantik sejuk mata memandang dan tak puas memandang lah. Rasa nak tengok je sepanjang masa dan tangkap semuanya tapi shot best susah nak dapatlah sebab van sentiasa bergerak. Kalau dapat tunjuk tu kan bagus. Rumput dia pun boleh nampak ala-ala sawah padi, kalau tu memang rumputlah haha. Aku tak kenal sikit pokok-pokok ni. Tapi yang pasti akak-akak tu cakap yang tanah kat sini adalah tanah gambut that's why banyak tanam nenas yang nampak macam taman nenas, pokok kelapa pun slender dan lurus semamsam memang cantik sangat-sangat. Ada pokok lada hitam Sarawak. Pastu memang bila nak dekat-dekat sampai Kampung Entanggor ada gunung ke  bukit tak tahu nak classify apa yang memang sangat sedap mata memandang lagi-lagi the way sun shine on it. Memang subhanallah cantik. Tak tahu nak describe macam mana tapi memang sepanjang perjalan mulut asyik nak cakap semua benda cantik, even semak pun anggap unik juga haha :D


Then, memang 2 jam lepas tu sampai kampung tersebut sampai-sampai je main sedut fresh air kampunglah. Memang tarik dalam-dalam. 

Masuk -masuk rumah je, pak cik dan mak cik ni dah seronok menari riang. tengok jelah :D
Pandangan Kampung dari tingkat atas rumah panjang.

Pemandangan senja kat sini. MasyaAllah :,)

Ruai rumah dengan model kak Liwan :D haha
Ruai rumah memang serius panjang dan luas memang berkumpul semua orang kampung sebab syarikat Gribell(lupa ejaan) yang terlibat dengan research tu jugak bawak band untuk meng hiburkan orang kampung ni. Memang sakan nyanyilah diorang dan beberapa orang daripada kami juga "bertuah" sebab kena nyanyi. Pembukaan nyanyian Dr. Helmy (tak dapat upload sebab takut jadi viral nanti. Haha) dengan lagu widuri. Pastu Amira Fahmi and Azirah lagu anak kampung dan mangsa malang yang seterusnya =,="

The best thing yang aku nampak dalam rumah panjang ni sebab kesatuan dia lah. I mean, by the time kitaorang datang actually kampung tersebut menghadapi masalah kerana ada orang yang tak bertanggungjawab telah menjual tanah kampung mereka kepada syarikat. Jadi, diorang terpaksa dikeluarkan dari kampung sendiri, tempat lahir sendiri. Sedihkan? Kesian memang kesian dengan diorang. Yelah kena keluar daripada kampung sendiri kot. Siapa yang ta sedih. Jadi, sekali dengan kitaorang punya health briefing, mereka berbincang kejap sesama mereka untuk menyelesaikan masalah yang melanda pada mereka. Aku memang tak pernah pergi pun mesyuarat kampung sebelum, jadi sebab itu agak berminat sikit nak huraikan pasal kesatuan lagi-lagi baru lepas siapkan assignment Hubungan Etnik. Haha. Memang kagumlah dengan amalan berbincang diorang tu. *tabik

Briefing. Mr Aminuddin (lecturer Asasi aku aka Ketua Projek Research ni.(left)
Dr. Helmy (lecturer Medic yang kena nyanyi lagu widuri haha (right)
Tapi yang pasti malam tu dengan sesi karaoke diorang agak berlanjutan sampai pukul 3 pagi (* ikut kata dioranglah) sebab aku dah cabut pergi tidur dulu. Memang bukan jiwalah nak layan nyanyi dan tarian lama-lama tapi tu kegembiraan diorang, kesukaan diorang terpulanglahkan lagi pun kita pendatang tempat orang kan. haha :)


Dan keesokannya selepas terlalu lena aku tidur, kitaorang bersiap-siap untuk sesi health check kat Kampung ni. Dapat sambutan ramai jugaklah. Apa yang menggembirakan kita dapat berkomunikasi dengan diorang walaupun ada yang aku tak berapa nak faham sebab dia jako(cakap) Iban. Tapi layan je lah, dapatlah teka sikit sikit isi percakapan tu. Haha :) Lepas ni kena berlatih jako dengan Maryanne Minn lah.

Bila cakap-cakap tu, ada yang cakap sebelum ini dia tak pernah buat helath check up pun, jadi yang ni first time. Macam biasalah masalah utama diorang capaian untuk khidmat kesihatan tu terhad which I don't know how to change sebab kena harap perubahan datang dari tangan pentadbir. Tapi yang aku rasa aku boleh bantu dengan libatkan diri dengan aktiviti macam ni. Kalau mendengar cerita atuk, nenek, pak cik, mak cik ni, korang akan rasa kesian dengan diorang. Ada yang sakit ubat dah lama habis, sebab masalah nak dapatkan sumber tu yang susah. Kesian tengok, lagi-lagi yang tua jalan nak berpimpin tu. Bayangkanlah dengan perjalanan yang jauh. Aku tak sure nearest klinik berapa jauh dari diorang tapi ang aku tahu aku kesiankan diorang terpaksa hadap hidup macam ni.

Berdasarkan apa yang aku tengok, diorang still mandi sungai, sumber air guna air dari gunung (yang sejuk dan freshlah) , kesusahan kita dapat nampaklah beza dengan apa yang kita selalu hadapi. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni.
Sesi selfie bajet doktor. Muka pucat baru perasan hihi

With Amira Fahmi, doing Blood Pressure Check :O

Tak tahu nak panggil ni apa, jambatan ke apa. Tapi ini penghubung jalan antara rumahlah. Kayu  lapik macam tu je.


Tengok semua dah menunggu. Diorang nak health care service. Dan tanggungjawab kita adalah memberi :)

With stethoscope. Bila nak ada sendiri punya entah.


Sum up. Thanks and goodbye Entanggor !
So, itu setakat yang aku masih ingat fresh dalam kepala ni. I want more and ore volunteerism program. Serius seronok, korang kaau jumpa jangan lepaskan. The moment was precious susah nak dapat. Dan waktu ni lah kita nak belajar berkomunikasi dengan orang luar sebelum masuk clinical years. Kan ?

Love,
Syeikha Z.


Bucket list

Bucket list

BUCKET LIST

CONTINENTS
Antartica
North America
South America
Australia
Europe
Africa
Asia

ADVENTURE
Tandem paragliding
Skiing
Skydiving
Fly in hot air balloon
Scuba diving/snorkelling

TRAVEL
Malaysia
Kundasang (Sabah)
Semporna(Sabah)

Africa
See Pyramids of Giza(Egypt: Cairo)

Asia
See the Great Wall of China(China)
See the Forbidden City (China:Beijing)
See the Taj Mahal(India: Agra)

Europe
See the Acropolis(Greece:Athens)
See the Mona Lisa(France:Paris)
See the Eiffel Tower(France:Paris)
See the Colosseum(Italy: Rome)
See the Neuschawanstein Castle(Germany:Schwangau)

Australia
See the Sydney Opera House(Australia: Sydney)

South America
See the Head Statues on Easter Island(Chile: Easter Island)
See Machu Picchu( Peru:Macchi Picchu)

North America
See the Hoover Dam(US: Nevada/Arizona)
See the Statue of Liberty(US: New York)

ANIMALS AND NATURE
North America
See the Aurora Borealis (US: Alaska)
See the Grand Canyon (US: Arizona)
See the Redwood Forest (US: California)
South America

See the Iguazu Falls( Argentina)

Europe
See the Alps(France, Italy, Switzerland or Germany)

Asia
See Mount Everest(Nepal)

Australia
See the Great Barrier Reef (Australia:Queensland)

CREATIVITY
Try Ebru Art
Pottery making
Attend sewing class
Knit myself a mermaid blanket
Knit a single sized blanket

FASHION AND BEAUTY
Attend make up class
Have my own walk in closet
Grow healthy waist-length hair

HOBBIES
Knitting
Solve a Rubik's cube
Start a blog
Learn embroidery
Start cross-stitching

RELATIONSHIP
Fall in love for the first time
Get married before 30
Get myself a travel and adventure partner
Create a family tree
Go on a road trip with a friends
Sponsor my parent's travel

SPORTS AND FITNESS
Return to my old weight 47 kg
Try horseback riding
Learn swimming
Learn archery

MUSIC AND ENTERTAINMENT
Learn to read a music sheets
Sing a karaoke

FINANCE AND LIFESTYLE
Start online business
Promote business
Open a boutique
Own my first house
Own a land

EDUCATION
Graduate as a medical doctor
Get a Masters in Ophthalmology
Learn a new language

CONTRIBUTION
Do a volunteer work

SPIRITUALITY
Perform Umrah and Hajj
Learn to forgive
Learn to share

FOOD
Try Mexican food
Try tteokbokki

TRANSPORTATION
Have a car license

PERSONAL GROWTH
Stop procrastinating
Become an early riser
Release the past

VOCATION (as a student)
Get B and above in my end of posting exam

WORLDLY FESTIVALS AND EVENTS TO ATTEND
Harbin Ice and Snow Festival (China: Harbin)
White night Festival(Russia: St. Petersburg)
Holi(India)
Carnival of Venice(Italy: Venice)
Albuquerque International Balloon Fiesta(US: New Mexico)
Boryeoung mud festival(South Korea)
Kuekonhof Tulip Festival(Holland: Lisse)
Deventer Book Fair(Netherlands)
August Moon Festival (Greece)
Frankfurt Book Fair(Germany)
Yeouido Cherry Blossom Festivals(South Korea)
New York Fashion Week(US:New York)

JUST FOR FUN
Facebook Fan Page