Sunday 25 May 2014

Health Research in Paon Gahat

Kali ini, untuk ketiga kalinya melibatkan diri dalam program sukarelawan aka volunteerism :)
25 May 2014, kampung yang menjadi pilihan kali ini adalah Kampung Paon Gahat.
Terletak di Sarawak, Malaysia, its geographical coordinates are 0° 57' 0" North, 110° 39' 0" East

Perjalanan 1 jam 45 minit masih lagi memaparkan suasana kehijauan yang didambakan mata kecil ini dengan harapan suasana begini  akan kekal lagi untuk bertahun akan datang. Apa yang menjadikan Sarawak menarik pada pandangan aku adalah kehijauannya yang masih bertumbuh subur, tak macam suasana di semenanjung yang rakus ditelan kemodenan dan pembangunan. Tumbuhan yang tinggal di Semenanjung kebanyakkannya sekadar tumbuhan untuk tujuan kecantikan landskap. Tak macam apa yang ditemui di Sarawak . Tumbuhan liar yang bertumbuh segar, mungkin bagi sesetengah orang semak tapi apa yang aku lihat adalah keindahan alam dan kebebasan yakni sukar difahami ramai lah pendapat aku ni.
Greenery tangan non stop tangkap gambar

 Health Research kali ini adalah sambungan Health Research pada lawatan kedua di Kampung Entanggor yang ingin mengkaji perkaitan antara genetik dengan penyakit hypercholesterolemia atau penyakit kolesterol tinggi dalam dalam darah dengan dua pilihan genetik utama iaitu etnik Iban dan Bidayuh di Sarawak. Kalau sesi research yang lepas, screening dijalankan untuk etnik Iban di rumah panjang Kg. Entanggor kali ini, kami menjalankan screening untuk etnik Bidayuh di Kampung Paon Gahat.

Luar ruai
Mungkin kali ini, peluang untuk aku melihat dan memahami budaya kaum Bidayuh agak terhad sebab masa yang diambil untuk screening ini cuma beberapa jam sahaja  jadi tak banyak yang boleh diperkatakan. Lagipun hanya sempat berjalan disekitar ruai rumah  Bidayuh  yang diperbuat daripada buluh kalau dari segi architecture-nya berbezalah dengan apa yang aku nampak dengan rumah etnik Iban hari tu. Bila ditanyakan pada penduduk kampung, tempat kami jalankan sesi screening tersebut adalah rumah tradisional kaum Bidayuh yang digunakan dulu sebagai tempat tinggal mereka tapi tak digunakan lagi sekarang kecuali ketika majlis-majlis besar seperti perayaan Gawai yang akan tiba seminggu lagi ataupun majlis perkahwinan.  Sekarang penduduk tinggal dirumah moden ataupun rumah persendirian.

Penduduk dah start tunggu giliran sementara kitaorang set up
Pengalaman atau pengajaran yang aku belajar hari ini adalah perlu belajar bahasa Bidayuh juga lepas ni sebab kebanyakan mak cik dan pak cik atau lebih proper atuk dan nenek yang berusia 60 an tak fasih berbahasa Melayu even Melayu Sarawak. Nasib baiklah ada mak cik dan pak cik yang baik tolong jadi translator tak berbayar. Kalau tak tak tahu nak faham macam mana. Kalau tak kesian atuk dan nenek tu yang memang semangat bercerita dan bertanya tapi malangnya tak difahami diri ini. Haha. Maafkan saya atuk nenek. Lepas ini, saya pergi ambil kelas Bahasa Bidayuh, okay? :)

Other than that, kena juga baca sikit pasal bacaan yang selalu diambil doktor-doktor berpengalaman ni, macam tadi  ada sorang mak cik tanya. " Adik mak cik punya cholesterol kenapa kejap naik, kejap turun" lepas tu tunjuk bacaan  Cholesterol Level and Triglycerides. Tergamam sekejap. Mak cik tanya lagi, apa beza Triglycerides dengan Cholesterol Level sebab reading dia macam vice versa kalau satu naik, satu lagi turun. Lagi sekali sesi terdiam. Tengok range level kat report book mak cik tu. Okay yang ni out off range, yang ni within normal range. Tu saja yang mampu dianalisis. Ampun mak cik, kamek nang sik tauk. Tanyak doktor kat sitok nanti mak cik sambil tunjuk kaunter doktor. Haha. Speechless dalam hidup ni.

Ada juga yang  tanya tips macam mana nak naik kan blood pressure sebab blood pressure dia rendah. Ini lagi satu soaan yang meragukan minda dan jiwa raga sebagai seorang first year medical student, sesungguhnya diri ini sangat tak berilmu lagi. Tak pernah terfikir cara nak naikkan darah supaya within normal range sedangkan diri sendiri pun low blood presssure. Allahu…

*laughs
I have to learn how to take manual blood pressure lah. Lepas ni, kena minta ayah buy me my own stethoscope and sphygmomanometer untuk berlatih. Haha… Ayah jadi model nanti. Tapi ada ke jual sphygmomanometer  tu?

Dari segi pesanan pula, yang muda-muda lagi tu jagalah tubuh badan anda. Haha. Jangan ingat sebab badan muda lagi tubuh badan pun sihat. Maca tadi, ada je jumpa yang baru 19 belas tahun tapi blood pressure tinggi. Pun satu hal. Muda muda jagalah diri adik-adik, kawan-kawan sekalian. Banyak pulak pesanan penaja blood pressure ni, dah kata jaga bahagian BP check. Macam haritu, ada juga kaunter lain yang ambik body mass index, cholesterol check, blood glucose check dan kaunter untuk tujuan kajian ambil darah untuk eligible patient. :)

Volunteer team for today.
From right : Amira Fahmi; Siti Raifah; Me and Azirah y'all
Rasanya sampai sini jelah pengalaman yang dapat diceritakan untuk this visit. Dan tak pernah lupa nak menganjurkan adik or anyone untuk terlibat dalam aktiviti volunteerism. Tak rugi, banyak yang kita boleh dapat. Pengalaman, dapat kawan baru, dapat tengok tempat orang. Tak rugi kalau pun penat, penat itu bermakna. :) tapi jangan lupa study juga. Kena study awal ni, sebab next research kat Bau, Sarawak tapi time tu dah nak dekat EOB terakhir untuk year 1, jadi untuk libatkan diri kena prepare awal dan pergi next visit. Kalau ayah bagilah. Haha :)
Groupie with Dr. Helmy

Syeikha Z.
25th May 2014

Kampung Paon Gahat, Serian.
Sum up!






Saturday 17 May 2014

Find the reason why you hold onto it at the first place

I wrote this post after the very first 'visit' to Lot 77, FPSK during Asasi In Unimas. I remember exactly how excited am I for the visit and which cloth I wore, how happy am I at that time. Now, I found the pros of blogging your sweet moment or your exciting life event. When I read this thing, it actually remind me, the reason why I'm here at the medical school at the first place. It reminds me on how excited I'm on going to medical school. How I strive just to be here, and how I'm crushed when I failed to do my best because the scare of not finally being here. But somehow, God knows what the best. This place that I was eager for for one whole year in Asasi, this place that remind me that I must tried hard. I'm finally here for 8 months and soon will end my year 1 here and move on to year 2 (if Allah wills. Amin!). Few weeks more to go, and maybe sometimes I lose my hope and track but when I flashback through my blog, the old high spirited syeikha come to haunt me back. Yeah, I already reach my target to be here but now time to renew my target to graduate with honors and be the best!. Whatever, you wanna say but all I know now it's time to rock my medical school. I don't wanna graduate with just a medical degree. I wanna graduate with such qualities that myself can be proud of and work for the communities.When you lose hope, remember why you hold onto it for the first time. Ding dong!:D

To view:-

http://syeikhazulaikha.blogspot.com/2012/12/day-12.html?spref=fb

Monday 5 May 2014

Health Research in Kampung Entanggor.

On May 3-4, 2014. For the second time, I got involved in volunteer program. This time help the researcher do their health research on familial hypetcholesterolemia, which basically related to penyakit cholesterol tinggi yang ada sekarang ni and diorang nak kaji the relation of it dengan genetik. Which the reason why we go to Kampung Entanggor dan bermalam untuk 2 hari satu malam kat sini which is my first time lah tu. Haha.
Off to Kg, Entanggor with Azirah

Nilah feri rupa feri yg aku naik tu, semua angkut kereta bermanusia kat dalam


Pemandangan sepanjang perjalanan yang panjang dan bumpy hihi

Memang on the way to dia punya greenery sangat awesome cantik sejuk mata memandang dan tak puas memandang lah. Rasa nak tengok je sepanjang masa dan tangkap semuanya tapi shot best susah nak dapatlah sebab van sentiasa bergerak. Kalau dapat tunjuk tu kan bagus. Rumput dia pun boleh nampak ala-ala sawah padi, kalau tu memang rumputlah haha. Aku tak kenal sikit pokok-pokok ni. Tapi yang pasti akak-akak tu cakap yang tanah kat sini adalah tanah gambut that's why banyak tanam nenas yang nampak macam taman nenas, pokok kelapa pun slender dan lurus semamsam memang cantik sangat-sangat. Ada pokok lada hitam Sarawak. Pastu memang bila nak dekat-dekat sampai Kampung Entanggor ada gunung ke  bukit tak tahu nak classify apa yang memang sangat sedap mata memandang lagi-lagi the way sun shine on it. Memang subhanallah cantik. Tak tahu nak describe macam mana tapi memang sepanjang perjalan mulut asyik nak cakap semua benda cantik, even semak pun anggap unik juga haha :D


Then, memang 2 jam lepas tu sampai kampung tersebut sampai-sampai je main sedut fresh air kampunglah. Memang tarik dalam-dalam. 

Masuk -masuk rumah je, pak cik dan mak cik ni dah seronok menari riang. tengok jelah :D
Pandangan Kampung dari tingkat atas rumah panjang.

Pemandangan senja kat sini. MasyaAllah :,)

Ruai rumah dengan model kak Liwan :D haha
Ruai rumah memang serius panjang dan luas memang berkumpul semua orang kampung sebab syarikat Gribell(lupa ejaan) yang terlibat dengan research tu jugak bawak band untuk meng hiburkan orang kampung ni. Memang sakan nyanyilah diorang dan beberapa orang daripada kami juga "bertuah" sebab kena nyanyi. Pembukaan nyanyian Dr. Helmy (tak dapat upload sebab takut jadi viral nanti. Haha) dengan lagu widuri. Pastu Amira Fahmi and Azirah lagu anak kampung dan mangsa malang yang seterusnya =,="

The best thing yang aku nampak dalam rumah panjang ni sebab kesatuan dia lah. I mean, by the time kitaorang datang actually kampung tersebut menghadapi masalah kerana ada orang yang tak bertanggungjawab telah menjual tanah kampung mereka kepada syarikat. Jadi, diorang terpaksa dikeluarkan dari kampung sendiri, tempat lahir sendiri. Sedihkan? Kesian memang kesian dengan diorang. Yelah kena keluar daripada kampung sendiri kot. Siapa yang ta sedih. Jadi, sekali dengan kitaorang punya health briefing, mereka berbincang kejap sesama mereka untuk menyelesaikan masalah yang melanda pada mereka. Aku memang tak pernah pergi pun mesyuarat kampung sebelum, jadi sebab itu agak berminat sikit nak huraikan pasal kesatuan lagi-lagi baru lepas siapkan assignment Hubungan Etnik. Haha. Memang kagumlah dengan amalan berbincang diorang tu. *tabik

Briefing. Mr Aminuddin (lecturer Asasi aku aka Ketua Projek Research ni.(left)
Dr. Helmy (lecturer Medic yang kena nyanyi lagu widuri haha (right)
Tapi yang pasti malam tu dengan sesi karaoke diorang agak berlanjutan sampai pukul 3 pagi (* ikut kata dioranglah) sebab aku dah cabut pergi tidur dulu. Memang bukan jiwalah nak layan nyanyi dan tarian lama-lama tapi tu kegembiraan diorang, kesukaan diorang terpulanglahkan lagi pun kita pendatang tempat orang kan. haha :)


Dan keesokannya selepas terlalu lena aku tidur, kitaorang bersiap-siap untuk sesi health check kat Kampung ni. Dapat sambutan ramai jugaklah. Apa yang menggembirakan kita dapat berkomunikasi dengan diorang walaupun ada yang aku tak berapa nak faham sebab dia jako(cakap) Iban. Tapi layan je lah, dapatlah teka sikit sikit isi percakapan tu. Haha :) Lepas ni kena berlatih jako dengan Maryanne Minn lah.

Bila cakap-cakap tu, ada yang cakap sebelum ini dia tak pernah buat helath check up pun, jadi yang ni first time. Macam biasalah masalah utama diorang capaian untuk khidmat kesihatan tu terhad which I don't know how to change sebab kena harap perubahan datang dari tangan pentadbir. Tapi yang aku rasa aku boleh bantu dengan libatkan diri dengan aktiviti macam ni. Kalau mendengar cerita atuk, nenek, pak cik, mak cik ni, korang akan rasa kesian dengan diorang. Ada yang sakit ubat dah lama habis, sebab masalah nak dapatkan sumber tu yang susah. Kesian tengok, lagi-lagi yang tua jalan nak berpimpin tu. Bayangkanlah dengan perjalanan yang jauh. Aku tak sure nearest klinik berapa jauh dari diorang tapi ang aku tahu aku kesiankan diorang terpaksa hadap hidup macam ni.

Berdasarkan apa yang aku tengok, diorang still mandi sungai, sumber air guna air dari gunung (yang sejuk dan freshlah) , kesusahan kita dapat nampaklah beza dengan apa yang kita selalu hadapi. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni.
Sesi selfie bajet doktor. Muka pucat baru perasan hihi

With Amira Fahmi, doing Blood Pressure Check :O

Tak tahu nak panggil ni apa, jambatan ke apa. Tapi ini penghubung jalan antara rumahlah. Kayu  lapik macam tu je.


Tengok semua dah menunggu. Diorang nak health care service. Dan tanggungjawab kita adalah memberi :)

With stethoscope. Bila nak ada sendiri punya entah.


Sum up. Thanks and goodbye Entanggor !
So, itu setakat yang aku masih ingat fresh dalam kepala ni. I want more and ore volunteerism program. Serius seronok, korang kaau jumpa jangan lepaskan. The moment was precious susah nak dapat. Dan waktu ni lah kita nak belajar berkomunikasi dengan orang luar sebelum masuk clinical years. Kan ?

Love,
Syeikha Z.


Monday 28 April 2014

Girls celebration day out

April 27th, 2014

asal nya random gabung nama, tapi terus apply idea tulis kat cake..
sampai tukang tulis pun peik haha

Muka semangat, Semoga kita graduate bersama in few years lagi

Lilin tower on pizza haha


3 Pink Slippers bought on same day

sesi menge pink kan bilik walaaaaa
Selamat datang ke Cempaka. Selamat datang ke Faculty baruu haha

First and last hang out with akaksss and moving out Lot 77

25th April 2014
 This is our first and last hang out with our housemate the akakssss :,(
We decided to watched movie on that night so Oculus- Horror movie was chosen.
Gila tak gila hang syeikha pi tengok movie hantu.
Yang pasti aku jerit all my heart out. Takut bak hang!!!
Dalam kereta sewa haha

MBO spring. Kak Mas, Kak Aisyah, Kak Fel, Kak Hana


Out from Lot 77. Punggah barang :O

Goodbye mates :( study table. thanks for your almost 8 months moments


Over luggage baju aku tak muat hihi

In cempaka new room. Kecik nau~
Thanks akakssss for everything. Hope to see ya'all again. InsyaAllah. I love you! take care~
Helluuuu Cempaka , Helluuuu new faculty
New Hope and mission :D

Syeikha Z.
K10/B/LG/5C, Kolej Cempaka

Wednesday 16 April 2014

Selamat Tinggal :(

15th and 16th April, the day to say goodbye to my housemate Kak Ida and Kak Shakirah.
Almost a year dah kita orang tinggal serumah and on those days they finally left us after their graduation.
Seriously, emosi sedih membuak-buak tak faham dengan jelas. 
Diorang serius baik sangat sampai nak berpisah itu boleh rasa kehilangan.Mungkin kejap saja kita berkenalan, tapi ukhuwah yang terbina itu kuat. Mencucur air mata ini, bila fikir balik lepas ini memang tak nampaklah muka diorang bertahun duduk kat Sarawak nanti. Tak ada lah tempat nak mengadu, nak tanya-tanya pengalaman. Sedihnya. Sedih gila.

Banyak kebaikan yang diorang dah buat, tak sempat nak ucapkan terima kasih banyak banyak bantu kita. Bagi pinjam kereta, tolong beli makanan, layan je soalan-soalan dan cerita mengarut dari mulut ni. Sumpah diorang sangat baik. 

Kalau nak jujur betul betul, I take them as part of my family that bila berpisah ini. Dapat rasa kehilangan dia, dapat rasa pilu dia. Thanks so much, akak.

Doa pada Tuhan, kita dapat bertemu lagi satu hari nanti dan doakan kita berjaya mengikut jejak akak-akak ni graduate cemerlang menjadi seorang doktor. Menjadi inspirasi untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh lagi. 4 tahun +++ lagi Syeikha. Terus semangat!

Lepas ni tiba masa aku pulak tinggalkan rumah ni 26/4, berpindah ke kampus Barat kat Samrahan less than 2 week more . Banyak kenangan walau sekejap kan. Terima kasih Tuhan kerana beri aku kenangan!

P/S: Tahniah Kak Ida nikah 26/4 ni jugak. Walaupun tak dapat sa pergi Sabah bah untuk wedding akak. Still which you a blessed marriage. Dapat baby cepat haha

To both of akakssss, jadi doktor yang terbaik dan semoga berjaya! Sayang you two :*

Kak Shakirah (centre) with le year 1 housemate.

Kak Ida.... Sedih tak sempat salam, tak ada gambar sesama.
One day, kita cari akak balik kat Sabah haha

Tengah sedih lagi ni,
Syeikha Z.
319 C depan 319 D(Kak Ida) jauhlah jugak dari 319B(Kak Shakirah)
Lot 77, Kolej Kasturi

Friday 4 April 2014

ISLAM 101

What I find on the Internet that simple words that explain Islam  and let me quote them here ,
"ISLAM 101.

Let me, introduce myself.
My name, is Islam.
The root word of peace- salam,
Or even salema- meaning submission.
Which to a Muslim, is like his tuition.
It's his ticket in,
But before I begin,
Let me greet you, like I'm supposed to do,
So Assalamu alaikum, may peace be upon you!

You know? It's kinda' funny...
I'm accused of oppressing, when really I'm oppressed.
I've become on the list of things to detest.
I'm screamed in rage, in almost every protest,
& I've become the "red scare", a "threat to the west".

You see?
If you look at me, and all my obligations,
You'll see why I have such a great population,
It's cause there's the motivation,
And that sense of inspiration,
That keeps "Muslim" as their occupation.
To me, being a good Muslim means being a good person.
'cause I'll never ask you to kill or to slay,
Or to lie at least 5 times a day.
I'll never ask you steal, or to hate,
Or to swear or discriminate.

I actually tell you to smile to everyone you see,
Cause a smile's the best form of charity.
I tell you to not smoke and not to drink,
To stay clean and take showers so you simply don't stink.
I tell you to care for animals and treat them with care,
So yes, I'm against animal testing & abuse in case you weren't aware.
I tell you to treat those who treat you bitter...better.
I tell you not to be mad at someone for more than 3 days,
I tell you to respect women and lower your gaze.
I tell you that paradise lies under the feet of your mother,
I tell you to passionately love your significant other.
I tell you to never mistreat your wife!
I mean...if I tell you to care for animals, then what about the love of your life?

I tell you to be precious, and save yourself for the "one".
So you don't keep giving yourself away...till you're literally done.
I tell you to be moderate and that balance is key,
Just in the middle is the perfect place to be.
I tell you to excel in all that you do,
From that essay to that slam-dunk too!
I tell you to clear your ignorance and to never judge,
To love for your bro what you love for yourself; & to never hold a grudge.
I tell you how to be a good person. A person of peace, and a person of love.

-&
They say I'm a terrorist,
An extremist.
And you know what? I am.
I am a terrorist; I terrorize terror,
I kill injustice to make this world fairer.
I am an extremist; I am extremely kind.
So beware of my extreme benevolence, to all of mankind.
Yes, there are those who kill and bomb in my name,
But if I don't approve, then why am I to be blamed?
In every religion, you'll find those who abuse it,
Thinking they have a permit,
To do wrong.

A religion maybe perfect, but the followers may not be.
So when mine commit mistakes, don't blame it on me.
I give what I got, and what I got is good.
So if they do otherwise...they misunderstood.
& I'm not here to preach, I'm only here to teach.
I'm a professor in politics, economy and sociology.
In manners and etiquette, I got my PHD.
To all my teachings, I have two sources.
The book of God, and the words of the prophet are my resources.
I teach for free and to whoever desires to learn,
It's all for the sake of Allah, I ask for nothing in return.

& Listen,
I'm not here to convert, but just to clear misconceptions.
With the way I'm viewed and my common perception.
Because yes, it hurts when I'm literally abused,
By some, who do it for pleasure, just to be amused.

& By some, who just follow the "trend" cause they're clearly confused.
In a nutshell, my name is Islam,
And everything I do, goes back to Salam..peace.
& so as your prof, I need to make sure you pass this test called Life. "





"They say I'm a terrorist,
An extremist.
And you know what? I am.
I am a terrorist; I terrorize terror,
I kill injustice to make this world fairer.
I am an extremist; I am extremely kind.
So beware of my extreme benevolence, to all of mankind.
Yes, there are those who kill and bomb in my name, 
But if I don't approve, then why am I to be blamed?
In every religion, you'll find those who abuse it,
Thinking they have a permit, 
To do wrong. "

"& Listen, 
I'm not here to convert, but just to clear misconceptions.
With the way I'm viewed and my common perception. 
Because yes, it hurts when I'm literally abused, 
By some, who do it for pleasure, just to be amused."


Please understand what and who is Islam. Don't simply judge us. Our religion maybe perfect, but the followers may not be. Some of us is still learning to understand Islam and fully apply them in our life, which explain why some of us got flaws. But that can't be the reason why you should abuse us, say bad things about us.
Click on the link to view the poet.
 ISLAM 101 -The source

Thursday 3 April 2014

"Nota Kehidupan" bukan "Peristiwa Syok Sendiri"

To be true sebenarnya aku baru tahu wujudnya blog Kereta Mayat itupun melalui fanpage facebook dia, baru beberapa minggu lepas aku like and baca post-post fb dia, post pasal buku dia dan hari ini dengan jujurnya baru first time aku buka blog dia yang sebenar-benarnya.

First time buka, terus aku baca post dia yang latest Bagaimana Menjadi Penulis. Dan aku tertarik pada ayat ni, quoted :
"Nasihat aku, jangan tunggu sudah tua, sudah pencen, baru korang nak menulis tentang nota kehidupan, tulislah bila bila masa terluang, dan sesungguhnya aku sangat berasa seronok bila menulis dan bila sudah seronok menulis, macam kaki pancing seronok memancing, apa lagi nak dikata?"
Yes! Memang inspired dan memang selama ni, aku nak sangat tulis pasal nota kehidupan aku tapi to think back my life sangat sama setiap hari. Rarely ada event-event penting yang boleh dikhabarkan. Berbulan-bulan , bertahun-tahun baru ada event yang menarik pada pandangan aku. Life aku each day is the same thing weekdays pergi kelas 8am-5 pm certain days 8am to 7pm, tu je. Kelas pastu balik tengok drama kejap pastu sambung revise study, kalau tak nanti tertinggal habis, the fact that I'm in medical school. Kalau tak revise naya menangis waktu end of block exam setiap dua bulan yang berterusan. Weekends pulak, mula active lambat sikit dari biasa 9am baru aktif, then study bosan-bosan sikit bukalah drama korea ke, movie yang orang lain dah bertahun tengok aku baru nak tengok. Haha. Tu je lah. Tak ada yang menarik pun.

Nasihat aku, setiap orang yang nak jadi penulis, wajib kena ada buku catatan yang di tulis sendiri tentang nota kehidupan yang ‘make sense’, perlu di ingat, nota kehidupan adalah tidak sama dengan diari. Diari di tulis tanpa isi ilmiah dan lebih kepada peristiwa syok sendiri dengan niat merakam peristiwa sedangkan nota kehidupan adalah fakta dan bahan berilmiah atau peristiwa bersifat ‘sharing and someone can learn from history’."
Yes! Again aku ada diari yang sangat sangat jarang juga updated yang biasanya bila aku sedih ataupun bila aku rindukan seseorang ataupun cinta yang tak kesampaian yang korang takkan mampu nak digest. Itu pun satu hal, entah bilalah aku mula nak sedar diri untuk menulis pasal diri sendiri dan tak berkait dengan oranng lain yang buat iwa ini makin merana je. "Peristiwa syok sendiri" well quoted HAMKA :) Memang basically peristiwa syok sendiri je yang ada dalam diari aku sampai diri sendri pun malu nak baca, menyedihkannya hidup ni :,(
Maybe mulai hari ini dan seterusnya aku patut mula merangka dan menulis nota hidup yang sesuai untuk tatapan bakal suami, anak, cucu nanti. Kalau yang sekarang mohon bakar. Tsk. Tsk. Sebab memang tak ada unsur yang bernas pun, kalau ada pun masa zaman-zaman sekolah menengah dulu. Misi nak berjaya dalamm kehidupan, surat rindu pada ibu ayah dan peristiwa syok sendiri juga terselit yang sudah enjadi habit agaknya bawak ke sekarang cuma mungkin sebab Encik yang buat saya syok sendiri jauh dimata jadi tak banyaklah macam dulu-dulu. Sekarang sekadar nota-nota tanya khabar yang tak pernah dihantar dan luahan yang *sukar untuk dijelaskan.

So, my dear future doctor Syeikha Z, time to start your nota kehidupan yang lebih matang, lihat dunia dengan mata hati. Jangan jadi tuli, pekak dan selaras dengannya. Tulis motivasi untuk diri sendiri untuk kejayaan yang seterusnya :D

Tak nak syok sendiri,
Syeikha Z.
319 C, Kolej Kasturi, Kuching

Friday 28 March 2014

The Scarves Frozen Fractals was founded

Assalamualaikum everyone!

I just started The scarves Frozen Fractals
It's like online facebook shops that sells muslimah's scarves. Just started today still not much of collection yet but will be updated soon :)
Hope that  anyone can help me by liking and going through the album, who knows you might be interested :)
Adik baru nak belajar berniaga kak, jemputlah bagi sokongan




Untuk meneroka, sila klik link dibawah
The scarves Frozen Fractals Shop now!

Monday 10 March 2014

I hate gossiper and hate being them. Don't make me one.

Take the moment to say my complains to some people around me. *Please go away if you intend to disturb my life.

Selalunya aku akan jadi mangsa gosip oleh manusia yang perangai entah apa-apa. Jenis tengok hidup orang ni complain, tengok hidup orang sana, mengata. Macam hidup dialah yang paling baik dalam dunia ni. *macamlah kan...

Kadang-kadang aku pelik orang yang macam ni, dia tak tahu ke yang gosip tu boleh jadi fitnah, boleh dikira mengumpat, blum dosa mencaci dan mengata orang lagi. Dan adakah mereka tak ada hidup sendiri untuk diberi perhatian. Pelik jugak aku. Aku ni sibuk sangat dengan hidup agaknya sebab tu aku jarang tahu yang certain orang tu macam tu lah, macam ni lah , dari kaca mata penggosip tegar ni. I just don't understand for what purpose you say something about anyone? Does it really make any changes? Apa kepuasan yang korang dapat? Tak ada rasa bersalah ke cakap benda buruk pasal seseorang yang korang sendiri tak tahu kebenarannya? Ke memang mengata tu makanan ruji korang? I mean kalau tak mengata seseorang sehari, memang korang boleh mata. Kalau betullah mesti anda-anda yang suka mengumpat tu ada kaitan dengan syaitan. Selalu syaitan je suka benda-benda macam ni. Maaflah kalau kata kesat, but it was based on what I learn. Mengumpat, mengeji ni semua favourite syaitan kalau kita buat. Sebab dengan mengumpat, mengeji, memfitnah ini, manusia berpecah belah, bergaduh sana sini. Like what happen to me, aku gila marah bila orang tetiba je munculkan cerita yang aku sendiri tak pernah terfikir, reka cerita sana-sini. What the hell man? Serius cakap, dengar je buat aku naik seriau (read as gila) . Angin tahu tak? Mulut korang memang sedap mengata, pastu sampai kat orang sini, sampaikan kat orang sana but yang jadi mangsa aku. Benda tak betul, the things ruin me. Man, you sucks!( bagi peluang aku carutkan diorang ni kejap, sebab geram gila).
Do you really want to start a fight with me? Just say so, jangan buat stail-stail syaitan tak berpengalaman ni. Nampak kesian, dan jelas personaliti 'orang mulut jahat, kaki gosip' tu melekat kat muka korang which I find as unattractive dan sangat menjijikkan(Ooops!).



Aku belum cukup pedas lagi rasanya untuk pulangkan paku dua keras kat orang yang kaki mengeji, yang tak ada kain sendiri untuk dijaga ataupun kain dia dah terkoyak habis ataupun terlalu jarang yang tanpa perlu bercerita atau dicanang semua orang dah tahu the details. Kan?

Dan sekiranya anda jenis yang mencanang malu sendiri, mencanang aib sendiri. Jangan libatkan saya yakni Syeikha Zulaikha dengan canangan anda tu sebab saya bukan jenis macam tu kerana Allah menghijab keburukan kita pada orang lain atas dasar kasih sayangnya, jadi mengapa harus kita khianati kasih Allah itu. Please love yourself and learn to respect other. Take a good care of your own, don't bother others.
Thank you:)

P/S: Cerita kau dengan aku, means hanya kau dengan aku. Jangan jadi penyampai. Kalau aku nak sampaikan kat orang lain, biar aku sendiri yang sampaikan.
This teach you how to be picky on someone around you 


Cuba memadam api,
Syeikha Zulaikha
319C, Kolej Kasturi.

Thursday 6 March 2014

Status : Sahabat

Sesi meluahkan perasaaan sejenak sebelum menyambung pembacaan untuk PBL esok.

Apa makna "Best Friends"?
Kawan baik. Yes, but what is the definition for that in reality dan siapakah yang seharusnya aku gelarkan sebagai my most best friend. Siapa yang layak? and macam mana nak tahu yang dia yang berada dengan kita ini adalah kawan baik kita. Takkan by nature kot? Sebab aku sekarang rasa keliru. 

Kawan baik adalah kawan yang boleh bergelak dengan kita bersuka dengan kita. Yes, mungkin jika sekarang ini dia berada di sisi kita mungkin mudah untuk kita menafsirkan apa itu kawan baik dan dapat merasakan aura kawan baik tu wujud. Tapi cuba bayangkan suatu hari nanti bila kita berjauhan atau mungkin terpisah. Bila perhubungan itu menjadi seakin susah. Bila masa semakin menghimpit. Bila tibanya saat kita tiada masa atau terlalu sibuk mengejar capaian dunia, menggapai cita-cita kita. Waktu itu, kita mula jarang berhubung, kata-kata semakin berkurang dan moment lepas sekadar menjadi kenangan.

Kita boleh je cakap, ' Aku berkawan baik dengan sekian- sekian sejak zaman bla bla dulu' tapi bagaimana dengan status terkini masihkah layak si sekian itu digelarkan sahabat baik kita jika berita nya jarang kita dengar. Kita sdah jarang bertegur sapa. Hanya sekali dua melihat post dari dia dilaman sosial. Tegur sekali dua melalui balasan komen. 
'Hai, aku rindu kau'
'Aku pun, kau apa kabar sekarang?'
'Baik.. bla bla bla'
....
Bila tamat berbalas satu dua komen, hari pertama. Kedua. Ketiga. Seminggu kemudian. Sebulan kemudian. Enam bulan kemudian. Setahun kemudian. Tak lagi mendengar cerita. Senyap. Apa khaba yang diketahui aku adalah setahun yang lepas punya cerita. Apa yang terjadi tatkala ini tak mungkin aku tahu. Kau sihat ke.? Kau ada masalah dengan orang lain ke? Atau kau tension belajar ke? Aku hanya mampu meneka. Tiada khabar berita.
Senyap.

Inikah yang kita gelarkan dulu sahabat baik? 
Jika dulu tatkala kita bersama, kita masih boleh tersenyum gembira bersama. Bila kau sedih, aku sedia  mengusap cuba melegakan. Dan bila kau tak puas hati dengan sesiapa, tanpa dipaksa aku akan turut serta. Semua kita buat bersama. Pergi mana-mana, kau mesti ada disisi. Kita berpimpin tangan, bergelak tawa.
Tapi sekarang...
Aku tak tahu sama ada aku patut berpegang pada janji sahabat baik kita dahulu atau aku patut lepaskan kau pergi. *tarik nafas

Bila kenang masa lepas kita, aku berterima kasih sebab kau buat aku bahagia. Bila melihat masa kini kita, aku masih mampu tersenyum sebab memori kau masih ada dan aku masih sayangkan kau dan InsyaAllah selamanya kau masih sahabat baik aku.  Dan bila aku pandang masa hadapan, aku tertanya... Adakah kau masih sudi menjadi sahabat baikku.? Yang berada disisi aku disaat kebahagiaanku? atau masih sudikah kau menyapu pergi tangisanku sekiranya hati ini tak mampu lagi menahannya? 

Aku nak. Meskipun tatkala itu, umur aku sudah mencecah lima puluhan, apabila sesiapa bertanya kepada aku siapa teman baikku. Aku punya cerita untuk dikhabarkan dan aku inginkan kau menjadi cerita itu.

Dia yang aku rindui, apakah status persahabatan kita kini?
Khabarkan aku beritamu, agar aku tak terus ragu.

Anna:
Elsa? (knocks) Do you want to build a snowman?
Come on let's go and play
I never see you anymoreCome out the door,It's like you've gone awayWe used to be best buddiesAnd now we're notI wish you would tell me whyDo you want to build a snowman?
It doesn't have to be a Snowman? Elsa:
Go away, Anna
Toddler Anna:
Okay, bye


Read more: Kristen Bell - Do You Want To Build A Snowman? Lyrics | MetroLyrics 




Titisan kenangan,
Syeikha Z.
319 C, Kolej Kasturi, Kuching.

Saturday 22 February 2014

Health campaign in Kampung Beradek



 Dear you,
So yeah. Harini I proudly participated in volunteer event. Doing health campaign to kinda isolated kampung in our lovely Sarawak. Sumpah awesome. Kampung Beradek, 40 minutes boat rides from Kampung Geoblit (Idk if the spelling was correct, the name so hard that I had hard time spelling and even pronounce it.)

Back to story. Lawatan ini (aicewah!)  Bertujuan untuk mendedahkan masyarakat tentang penjagaan kesihatan. We even do thing like checking their blood pressure, cholesterol level, BMI, even eye check also which absolutely bukan kita orang yang buatlah. We still new kot to those kind of thing. So basically today, aku jaga pendaftaran je pun. Haha. But best, dengan sambutan makcik, pak cik, kakak, abang dan seangkatan dengannya. Sangat gembira walaupun lenguh juga tulis nama diorang sorang sorang. Almost 90+++ or I can say even more yang datang untuk check everything and sangat bersemangat. Sangat sangat bersemangat. Which maybe because kesusahan diorang nak access health care services, yeah to think of 40 minutes untuk reach just Kampung Beoglit belum lagi nak kejau Sarawak General Hospital. Roughly boleh kata one hour or more lah untuk diorang reach health care services. Bayangkanlah nenek nenek atuk atuk yang age 80's and more. 70's 60's, tadi time tunggu giliran untuk check pun dah rasa kesian dengan diorang apatah lagi dengan naik bot segala.  Worsen the situation if there's emergency cases. I wonder how it'll be.

Oh yeah some more, I met a lot lot lot lot of smart kids here. Cepat gila diorang memorize everything. I teach them the anatomical part of human, which includes the inner part of human body. Those kids age ranging from 5 to 10. Oh my goodness can remember the whole thing exactly. Sekali ajar tahu!!!. So damn hebat. Aku nak menghafal terkial-kial lot. They're so clean, so innocent with great mind. I remember tje most this one kid, Rabiatul Adawiyah aged 7 years old. Tell you from trachea, thyroid gland, heart, lung, liver ..... to urinary bladder. She can remember everything with their  function sekali tau. How awesome those kids. Even far apart from kemajuan and so on they grow up to be so so so great. Ehem. I kagum. Kagum kagum kagum. And one girl named Puteri Zulaikha. Like my name Zulaikha.  Bukan these kids je tau we had like fifteen come and learn the anotomical part.. Diorang sangat interested gila. And cute!. Pray that one day all of them if excel in their life. And jadi doktor oi Rabiatul and Zulaikha!

I've got alot to tell nanti berjela jela karang. Yeah also with my 10 medical mates, we enjoy this moment and forget about our upcoming EOB for a while. HAHA. Pray that will light shine upon us. And now time to start revising. Thanks everyone. Thanks.

#Azirah #Bainun #Aiman #Fikri #Safwan #Syahirah #Cecilia #Aisah #Izzati

P/S: It's true that volunteerism is tiring but it gives you wonderful moment that you won't forget. Quoting from the softskills lecturer which I forgot his name. Haha. Can't wait for the next event. :D

Love ya all.
Syeikha Z.
On the way there. Photobomb #bainun and #aiman

Highlights.  Back home. Gonna miss all those moment.
I saw wild crocodile okay.!



Wednesday 19 February 2014

Perantau dunia.

Tiba tiba aku terfikirorang org yang jenis merantau merata seluruh dunia tu macam mana dia gain duit and at the same time boleh leisurely jalan jalan all over the world. Bila lah tiba masanya aku jadi kaya, pastu boleh jalan jalan sana sini tengok negara orang lain dengan duit aku sendirj and for sure jalan jalan sorang sorang je. Baru extrema. To think that im a medicL student dengandenganpacknya jadual ni pastu nak gun duit banaykmakes me think bila tah nak tiba that day yang I can happily berjalan.

Nanti bila dah jadi practice jadi doctor nanti lagilah pack dengan housemanship jadah semua tu. When will I get that time. I want to see the world. Haih. If I can make a list on where I want to go. Mesti panajng berjela list tu. Dengan list what I wanna do lagi. Entah bila tah akan tercapai. Yang ada dalam grab ni pun kadsng meronts rontanak dilepaskan . Yeah, maybe I should finish this off first baru fikir my dream to be explorer. Kumpul duit starts by now, reduce shopping moping aku tu. Maybe?

Oh sesiapa yang tahu macam mana I can make money and travel at the same time. Banyak ni listed places to go. Can anyone tell me how? Please.

# EOB minggu depan. Misi ni yang harus dicapai dulu.

Bye sayangs ♥

Monday 10 February 2014

Blood Group Test

For many years, I believe my blood is O+ after doing blood test in hospital.
Unfortunately, I live believing wrong result. Thank God, I did this test today and actually I'm B+.
Doctors and doctors to be out there, learn well and did well. Lesson learnt today. Don't risk your patient with such mistakes. GOD BLESS 

Saturday 8 February 2014

Possibility

https://www.youtube.com/watch?v=6RtR_P0WSrs&feature=youtube_gdata_player

Tuesday 4 February 2014

Bila diri ini baru tersedar

Sejujurnya aku cakap beberapa jam yang lepas, hari baru semalam, malam tadi mulut pipi seluruh muka ini kejang tersenyum. Yelah, hasil pos berjaya. Malam tadi si penerima menghubungi. Bertanya itu ini dan penjelasan. Rasa takut gembira semua ada. Serius cakap baru rasa apa tu kejang muka. Baru rasa panas muka. Kaki sejuk. Mungkin dek terlampau gembira. Tadi tadi tadi, aku baru habis mencoret apa yang aku rasa yang tak ungkin aku tulis jelas di sini. Cukup aku kongsikan yang aku menulis tentang bagaimananya rasa bulan jatuh ke riba. Cukup.

Entah mengapa, hari ini banyak post. Banyak ingatan yang aku dapat secara tak langsung di muka buku, di laman kicau. Berkata ertianya mahalkan dirimu. Jangan mudah jatuh cinta. Jangan ini dan itu yang buat senyum aku tadi kejang dan bertukar muram.

Apa yang kau dah lakukan? Kenapa aku baru disedarkan disaat aku dah terlepas. Kenapa? Tapi sekurangnya aku bersyuku sebab aku belum pergi jauh dan takut untuk berfikir jauh. Mungkin semalam, adalah cerita semalam. Hari ini adalah cerita hari ini. Dan esok adanya cerita sendiri. Ya.

Mungkin ia baru nak bermula, tapi aku rasa biar kita hentikan ini seketika hingga au betul betul bersedia. Atau kita hentikan selamanya jika itu pilihan yang lebih baik.Aku tak pasti. Tapi yang pasti aku percaya takdir, kau pun percaya takdir. Itu yang kau katakan pada aku semalam

Jadi, lebih baik kita tunggu kuasa takdir.

Sementara itu , biar ini jadi buah pegangan kita untuk ketika ini.
___________________________________________________________________________
Selasa, 04 Feb 2014   |   3 Rabiulakhir 1435H   |
Langit Ilahi | Mahalkan Dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta. - Langit Ilahi


Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.

Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan. Proses ini memberikan kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukan yang utama di dalam kehidupan. Ada yang lebih utama.

Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik.  Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakabn-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.

Ini melemahkan.

Dan saya menyeru pemuda dan pemudi, dari lohong ini, diri itu dikeluarkan.



Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.

Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.

Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.

Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.

Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.

Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.

Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.

Ini melemahkan.



Memahalkan Diri.

Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.

Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.

Berapa banyak buku telah kita telaah?

Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?

Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?

Apakah kita ini cakna isu semasa?

Pandaikah kita menguruskan wang?

Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?

Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?

Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?

Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? –  terlebih dahulu.

Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”

Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.

Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.

Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?

Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?



Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.

Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah  diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.

Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!

Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:

“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.

Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.

Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.

Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.

Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.



Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.

Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.

Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.

Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.

Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.

Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.

Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.

Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.

Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.

Marilah, mahalkan diri kita.

Jadilah hambaNya yang berguna.

—————

Bucket list

Bucket list

BUCKET LIST

CONTINENTS
Antartica
North America
South America
Australia
Europe
Africa
Asia

ADVENTURE
Tandem paragliding
Skiing
Skydiving
Fly in hot air balloon
Scuba diving/snorkelling

TRAVEL
Malaysia
Kundasang (Sabah)
Semporna(Sabah)

Africa
See Pyramids of Giza(Egypt: Cairo)

Asia
See the Great Wall of China(China)
See the Forbidden City (China:Beijing)
See the Taj Mahal(India: Agra)

Europe
See the Acropolis(Greece:Athens)
See the Mona Lisa(France:Paris)
See the Eiffel Tower(France:Paris)
See the Colosseum(Italy: Rome)
See the Neuschawanstein Castle(Germany:Schwangau)

Australia
See the Sydney Opera House(Australia: Sydney)

South America
See the Head Statues on Easter Island(Chile: Easter Island)
See Machu Picchu( Peru:Macchi Picchu)

North America
See the Hoover Dam(US: Nevada/Arizona)
See the Statue of Liberty(US: New York)

ANIMALS AND NATURE
North America
See the Aurora Borealis (US: Alaska)
See the Grand Canyon (US: Arizona)
See the Redwood Forest (US: California)
South America

See the Iguazu Falls( Argentina)

Europe
See the Alps(France, Italy, Switzerland or Germany)

Asia
See Mount Everest(Nepal)

Australia
See the Great Barrier Reef (Australia:Queensland)

CREATIVITY
Try Ebru Art
Pottery making
Attend sewing class
Knit myself a mermaid blanket
Knit a single sized blanket

FASHION AND BEAUTY
Attend make up class
Have my own walk in closet
Grow healthy waist-length hair

HOBBIES
Knitting
Solve a Rubik's cube
Start a blog
Learn embroidery
Start cross-stitching

RELATIONSHIP
Fall in love for the first time
Get married before 30
Get myself a travel and adventure partner
Create a family tree
Go on a road trip with a friends
Sponsor my parent's travel

SPORTS AND FITNESS
Return to my old weight 47 kg
Try horseback riding
Learn swimming
Learn archery

MUSIC AND ENTERTAINMENT
Learn to read a music sheets
Sing a karaoke

FINANCE AND LIFESTYLE
Start online business
Promote business
Open a boutique
Own my first house
Own a land

EDUCATION
Graduate as a medical doctor
Get a Masters in Ophthalmology
Learn a new language

CONTRIBUTION
Do a volunteer work

SPIRITUALITY
Perform Umrah and Hajj
Learn to forgive
Learn to share

FOOD
Try Mexican food
Try tteokbokki

TRANSPORTATION
Have a car license

PERSONAL GROWTH
Stop procrastinating
Become an early riser
Release the past

VOCATION (as a student)
Get B and above in my end of posting exam

WORLDLY FESTIVALS AND EVENTS TO ATTEND
Harbin Ice and Snow Festival (China: Harbin)
White night Festival(Russia: St. Petersburg)
Holi(India)
Carnival of Venice(Italy: Venice)
Albuquerque International Balloon Fiesta(US: New Mexico)
Boryeoung mud festival(South Korea)
Kuekonhof Tulip Festival(Holland: Lisse)
Deventer Book Fair(Netherlands)
August Moon Festival (Greece)
Frankfurt Book Fair(Germany)
Yeouido Cherry Blossom Festivals(South Korea)
New York Fashion Week(US:New York)

JUST FOR FUN
Facebook Fan Page