Sesi meluahkan perasaaan sejenak sebelum menyambung pembacaan untuk PBL esok.
Apa makna "Best Friends"?
Kawan baik. Yes, but what is the definition for that in reality dan siapakah yang seharusnya aku gelarkan sebagai my most best friend. Siapa yang layak? and macam mana nak tahu yang dia yang berada dengan kita ini adalah kawan baik kita. Takkan by nature kot? Sebab aku sekarang rasa keliru.
Kawan baik adalah kawan yang boleh bergelak dengan kita bersuka dengan kita. Yes, mungkin jika sekarang ini dia berada di sisi kita mungkin mudah untuk kita menafsirkan apa itu kawan baik dan dapat merasakan aura kawan baik tu wujud. Tapi cuba bayangkan suatu hari nanti bila kita berjauhan atau mungkin terpisah. Bila perhubungan itu menjadi seakin susah. Bila masa semakin menghimpit. Bila tibanya saat kita tiada masa atau terlalu sibuk mengejar capaian dunia, menggapai cita-cita kita. Waktu itu, kita mula jarang berhubung, kata-kata semakin berkurang dan moment lepas sekadar menjadi kenangan.
Kita boleh je cakap, ' Aku berkawan baik dengan sekian- sekian sejak zaman bla bla dulu' tapi bagaimana dengan status terkini masihkah layak si sekian itu digelarkan sahabat baik kita jika berita nya jarang kita dengar. Kita sdah jarang bertegur sapa. Hanya sekali dua melihat post dari dia dilaman sosial. Tegur sekali dua melalui balasan komen.
'Hai, aku rindu kau'
'Aku pun, kau apa kabar sekarang?'
'Baik.. bla bla bla'
....
Bila tamat berbalas satu dua komen, hari pertama. Kedua. Ketiga. Seminggu kemudian. Sebulan kemudian. Enam bulan kemudian. Setahun kemudian. Tak lagi mendengar cerita. Senyap. Apa khaba yang diketahui aku adalah setahun yang lepas punya cerita. Apa yang terjadi tatkala ini tak mungkin aku tahu. Kau sihat ke.? Kau ada masalah dengan orang lain ke? Atau kau tension belajar ke? Aku hanya mampu meneka. Tiada khabar berita.
Senyap.
Inikah yang kita gelarkan dulu sahabat baik?
Jika dulu tatkala kita bersama, kita masih boleh tersenyum gembira bersama. Bila kau sedih, aku sedia mengusap cuba melegakan. Dan bila kau tak puas hati dengan sesiapa, tanpa dipaksa aku akan turut serta. Semua kita buat bersama. Pergi mana-mana, kau mesti ada disisi. Kita berpimpin tangan, bergelak tawa.
Tapi sekarang...
Aku tak tahu sama ada aku patut berpegang pada janji sahabat baik kita dahulu atau aku patut lepaskan kau pergi. *tarik nafas
Bila kenang masa lepas kita, aku berterima kasih sebab kau buat aku bahagia. Bila melihat masa kini kita, aku masih mampu tersenyum sebab memori kau masih ada dan aku masih sayangkan kau dan InsyaAllah selamanya kau masih sahabat baik aku. Dan bila aku pandang masa hadapan, aku tertanya... Adakah kau masih sudi menjadi sahabat baikku.? Yang berada disisi aku disaat kebahagiaanku? atau masih sudikah kau menyapu pergi tangisanku sekiranya hati ini tak mampu lagi menahannya?
Aku nak. Meskipun tatkala itu, umur aku sudah mencecah lima puluhan, apabila sesiapa bertanya kepada aku siapa teman baikku. Aku punya cerita untuk dikhabarkan dan aku inginkan kau menjadi cerita itu.
Dia yang aku rindui, apakah status persahabatan kita kini?
Khabarkan aku beritamu, agar aku tak terus ragu.
Anna:
Elsa? (knocks) Do you want to build a snowman?
Come on let's go and play
I never see you anymoreCome out the door,It's like you've gone awayWe used to be best buddiesAnd now we're notI wish you would tell me whyDo you want to build a snowman?
It doesn't have to be a Snowman? Elsa:
Go away, Anna
Toddler Anna:
Okay, bye
Read more: Kristen Bell - Do You Want To Build A Snowman? Lyrics | MetroLyrics
Titisan kenangan,
Syeikha Z.
319 C, Kolej Kasturi, Kuching.