Aku menapak melewati barisan-barisan pokok
menghampar pandang melepasi bunga-bunga yang berkembang mekar
menghirup udara segar.
duduk dibangku hadapan kolam air pancut
merenung ikan-ikan yang gembira berenang.
hati terdetik
bahagianya mereka..
ketenangan itu terganggu seketika
tatkala telinga menangkap gelombang frekuensi asing
detak detuk sepatu-diselangi tawa gelak manja
-pantas..
bebola mata bergerak dipancing arah frekuensi asing tadi
pandang diinterpretasi lalu bergegas ke otak
bayangan dua susuk tubuh terakam
berpegangan erat kedua tangan
sekali lagi
frekuensi mereka mengetuk gegendang telinga
"sayang , I love you " si XY berbicara
"me too..u janji dengan i taw...yang u akan setia" balas si XX pula melontar kunak suara manja."
tubuh mereka terpeluk rapi.
melepaskan berahi cinta dihati
rambut si dara XX diusap diurai lembut
mata bercahaya si jejaka XY ditenung manja
aku mengalih pandang
hati berdetus geram
tak menyangka retina ku iniakna menyentuh momento cinta berdosa
'arghhh..!malangnya nasib ku" hati melemparkan rasa sebal
pantas kakiku bergerak
terus dipacu meninggalkan kolam itu.
tak sanggup rasanya terus dijamu
adegan manja tanpa lesen si XX dan XY.
kini,
kaki terhenti..
singgah melabuhkan punggung di atas kerusi plastik merah,
milik warung di tepi jalan
terasa kering tekakku
harus dibasah dengan nikmat nescafe ais kegemaranku!
air dihirup ,
mata terus bergerak meliar.
menatap suasana yang tak terakam dek kamera bisu.
gerakan mataku terhenti
terpaan
sekali lagi dijamu adegan noda
meladeni bahtera cinta berahi mereka
kali ini
berkongsi secawan air dengan dua straw
merenung dalam ke arah mata sesama sendiri
merungkai gelojak asmara cinta mereka
tangan tergenggam erat denga usapan penuh perasaan
hmmphh.
segera nescafe ais yang berbaki aku sedut pantas
aku harus segera meninggalkan ruang ini
tak ingin lensa mataku menjamu hidangan nafsu
mual..
ketenangan aku bagai diragut
dek aksi manja cinta mereka'
cemburu?jauh sekali
aku tak cemburu tapi...
kecewa!
kecewa dengan tingkah mereka
cinta?benarkah?
benarkah cinta mengajar mereka begitu?
bersentuhan berpelukan
merenung lama??
benarkah ?dan perlukah?
lupakah mereka akan larangan pencipta mereka?
??????
kepala ku menggeleng
perlukah mereka begitu
perlukah mereka begitu
berkasihan tanpa ikatan yang sah
berharap pada hubungan tanpa akhir yang pasti
teringat aku hari semalam
tatkal teman ku meluahkan rasa
kecewa lara si dara
tatkala cinta disemai pada sang Adam
ditabur racun tatkala ia mula berkembang mekar.
kekecewaan kali kedua katanya
aku hanya mampu memeluk dan mengusap tubuhnya
kehilangan kata-kata
cinta remaja..
manis awalnya, tapi berakhir pahit
yang membuatku tertanya
perlukah cinta diusia remaja?
disaat umur baru setahun jagung
disaat semuanya mendapat tajaan penuh ibu bapa
perlukah?
entah kenapa?
aku remaja.
tapi hatiku
dangkal dengan cinta muda mudi ini
bagiku..
segelas cinta yang penuh
hanya untuk seorang Adam yang diberi nama suami
ingin aku simpan segelas cinta itu EKSKLUSIF buat si dia yang rusuk kirinya aku pinjam
tak mahu aku
jika gelas itu dicip oleh insan selain dia
dan tak mahu aku jika air cinta ku buat suami berkurangan dihirup orang lain
kerana aku ingin berikan yang eksklusif untuknya
hanya untuknya..
aku juaga pasti
kekasihku dengan ikatan halal itu pasti
tak mahu berkongsi gelas dengan orang lain
kerana dia juga hendak menjadi pemilik eksklusif gelas cintaku
aku tersenyum
insyaAllah..
andai tibanya jodohku itu
akan aku bnacuh segelas air cinta itu menikut kesukaannya
kerana aku ingin menjadi seorang isteri yang soleh dan diredhai suamiku....
No comments:
Post a Comment